
Tanpa Culas, ‘Runner’ Grabfood Istiqomah Bayar Zakat Pendapatan Setiap Bulan
Zakat merupakan salah satu tuntutan dalam Islam. Jadi, dengan membayar zakat, kita bukan sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam, malahan turut dapat meringankan beban saudara seagama.
Inspirasi buat semua
Oleh hal yang demikian, menerusi Facebook Zakat Pulau Pinang, pihak mereka telah berkongsi momen dimana seorang penghantar makanan bertindak membayar zakat pendapatan pada setiap bulan.
Bayar tak banyak setiap bulan
Menurut pengendali Facebook Zakat Pulau Pinang, lelaki tersebut akan datang ke Pejabat Zakat Pulau Pinang pada setiap bulan bagi membayar zakat pendapatan.
Walaupun jumlah tersebut tidak banyak, namun dia teta istiqomah melakukan bayaran .
Luaskanlah rezeki insan mulia ini
Sehubungan dengan perkongsian yang penuh inspirasi itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai diatas kesungguhan lelaki tersebut dalam menjelaskan zakat pendapatan.
Mereka juga mendoakan agar rezeki penghantar makanan tersebut dimurahkan oleh Allah S.W.T kerana tidak lokek dalam membayar zakat pendapatan setiap bulan.
Tambahkanlah rezekinya
Sumber: Zakat Pulau Pinang
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply