Norman Hakim terharu, giliran anak gadis pula hulur duit hasil bisnes ‘online’

Setiap anak pasti mempunyai hasrat untuk membahagiakan ibu bapa dengan pelbagai cara, sekali gus dapat membalas jasa mereka sepanjang membesarkan kita.

Sebelum ini, pelakon Norman Hakim berkongsi di laman Instagram dimana anak lelakinya yang dikenali sebagai Danish Hakim telah memberi wang perbelanjaan.

Terbaru, giliran anak perempuannya pula Marissa Dania turut melakukan perkara sama dengan menghulurkan ‘duit poket’ kepada pelakon drama The Maid tersebut.

Alhamdulillah, hikmah disebalik PKP

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)

Menurut pelakon berusia 45 tahun itu, dia begitu bersyukur dan sebak kerana duit yang diberikan oleh anaknya itu merupakan hasil titik peluh perniagaan secara ‘online’ yang dilakukan.

“Saya sebak bukan sebab dapat duit tapi, sebab nikmat, rahmat dan barakah rezeki yang Allah bakal gandakan untuk anak-anak saya.

“Alhamdulillah hikmah sebalik PKP, saya nampak ikhtiar anak-anak untuk buat pendapatan melalui atas talian. Itu pun dia belajar dari apa yang kita buat,” tulisnya di kapsyen.

Di akhir posting itu, Norman sempat berseloroh dan berpesan agar anak ketiganya iaitu Maria Danisha tidak memberi wang seperti yang dilakukan oleh abang dan kakaknya.

Perkongsian pelakon drama bersiri Gerak Khas itu menerima pujian daripada warganet yang turut bangga dengan tindakan dilakukan oleh remaja yang berusia 16 tahun itu.

Alhamdulillah, anak yang solehah

Murah rezeki anak bagi rezeki dekat ayah

Hebat betul keluarga ini, suka tengok

Memang bagus betul ya anak-anak Norman ini. InsyaAllah semoga kita semua dapat berbakti kepada kedua ibu bapa. Amin!

Sumber: Instagram Norman Hakim

 

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*