Gigih Hafaz Al-Quran Dalam Kelas, Ramai Gadis Mahu Bersuamikan Pemuda Ini

Membaca al-Quran merupakan salah satu tanda seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT. Bukan itu sahaja, insan yang mendengar bacaan al-Quran juga dikira sebagai melakukan amal kebaikan.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang pemuda berasal dari negara jiran, Indonesia ini menerusi video yang dimuat naik di laman sosial TikTok menggunakan akaun -givelaftriyade.

Dalam video berdurasi 19 saat tersebut, kelihatan pemuda berkenaan sedang bersemangat menghafaz ayat-ayat suci Allah sambil menutup kedua-dua belah matanya.

@givelaftriyadeMain ke instagram vel yook,,,IG:Givelaftriyade

♬ Jaga Mata Jaga Hati – Dj Qhelfin

Difahamkan lagi, video tersebut dirakam sewaktu dia berada di dalam kelas di sekolahnya. Sehingga kini, video berkenaan telah meraih sebanyak 1.7 juta tanda suka. Wah, banyaknya!

Namun apa yang mengejutkan adalah, ia dibanjiri dengan komen-komen daripada para gadis yang teruja melihat kegigihan dan ketampanan pemuda berkenaan.

Rata-rata warganet meninggalkan komen dengan mengusik dan berharap agar pemuda berbaju hitam itu menjadi calon pasangan hidup mereka.

Ramai betul gadis yang ‘cair’ dan tergila-gila melihat pemuda berkenaan. Bahkan, ada yang sampai berdoa agar diri mereka bertemu dengan jodoh sebaik dirinya, atau berjodoh dengan dia terus.

Ya lah, bak kata salah seorang gadis di ruangan komen video itu, ‘dia bersungguh-sungguh membaca al-Quran, bukan menyakiti hati perempuan’, jadi siapa sahaja yang tidak berkenan, kan?

Sumber: TikTok givelaftriyade

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*