Gigih Beri Semangat dan Lawat Keluarga Kru2 Kapal Lain, Tabahnya Isteri Seorang Komander

Tragedi KRI Nanggala-402 merupakan satu detik hitam dalam sejarah negara Indonesia apabila kapal selam membawa seramai 53 orang anak kapal itu dilaporkan tenggelam sedalam 838 meter di dasar laut.

Namun apa yang lebih menyedihkan adalah apabila kesemua kru kapal tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika bertugas.

Sewaktu misi pencarian kapal selam tersebut sedang dijalankan, banyak kisah sedih berkaitan ahli keluarga mangsa menjadi tular di serata laman sosial.

Salah satu kisah yang menjadi perhatian ramai adalah berkenaan isteri kepada Komander KRI Nanggala-402 Kolonel Harry Setiawan, iaitu Winny Widayanti.

Jadi sumber kekuatan ahli keluarga lain

Di saat suami dan KRI Nanggala-402 masih belum ditemui, wanita berhati waja itu tampil menjadi sumber kekuatan dan memberi semangat kepada ahli keluarga setiap kru kapal lain.

Meskipun dirinya diselubungi perasaan bimbang terhadap keberadaan suaminya, wanita berusia 45 tahun itu tetap tabah menawarkan sokongan moral kepada isteri-isteri kru kapal yang terlibat.

Ziarah setiap ahli keluarga, beri semangat

Memetik laporan Kompas, wanita yang mesra disapa Winny itu sanggup menziarahi rumah setiap kru kapal bagi tujuan berkongsi kekuatan bersama ahli keluarga mereka dalam mengharungi apa jua kemungkinan yang bakal terjadi.

Bukan itu sahaja, setelah kapal tersebut telah diisytiharkan tenggelam, dia masih setia menghantar pesanan ringkas melalui WhatsApp kepada suami tercinta biapun tidak berbalas.

Tidak berhenti berdoa, lalu dimakbulkan…

Tidak pernah berputus asa, Winny juga menggigihkan diri menghadiri acara doa bersama anak-anak yatim demi mendoakan usaha pencarian kapal selam berkenaan agar ia membuahkan hasil.

Nampaknya, berkat kegigihan dan keluhuran hati ibu kepada 4 cahaya mata itu akhirnya terjawab apabila doanya dimakbulkan oleh Allah SWT apabila kapal selam yang menjadi destinasi abadi arwah suaminya berjaya ditemui, semalam.

Akur tanggungjawab sebagai seorang isteri ‘Komander’

Malah, saat ditemubual oleh pihak wartawan, Winny masih mampu menjawab dengan tenang:

“Saya perlu kuat kerana saya isteri Komander, ketua angkatan kapal. Jika tugas Harry menjaga anak-anak buahnya, tugas saya sebagai isteri adalah menenangkan isteri serta keluarga mereka,” katanya.

Dalam pada itu, ramai pihak memberi sokongan moral kepada Winny dan anak-anaknya termasuklah saudara-mara, jiran tetangga dan sebagainya, agar dirinya sentiasa tabah menghadapi berita menimpa suaminya itu.

Berikut merupakan senarai nama kru kapal yang terkorban:

Terdahulu, Kapal selam KRI Nanggala-402 dilaporkan hilang kontak di perairan utara Pulau Bali. Misteri kehilangan terjawab apabila ia disahkan menjalankan misi rondaan abadi oleh kerajaan Indonesia, semalam.

Sumber: Kompas.com

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*