Gelar suami dayus benar doktor lelaki sambut bersalin, PU Syed kongsi pandangan dari sudut agama… “Bertenang, mungkin ustazah ada sejarah”

PENDAKWAH bebas iaitu PU Syed menegur cara seorang ustazah menyampaikan pandangan mengenai tindakan suami membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak mereka seperti video tular di media sosial, baru-baru ini.

PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, berkata walaupun apa yang disampaikan oleh ustazah itu benar, ia perlulah disampaikan dengan berhemah dan tidak mengikut emosi.

“Bila kita berkata satu benda dan berkait dengan emosi sesuatu yang baik tu nampak tak baik.

“Benar ustazah tersebut menegakkan supaya para suami mencari bakal doktor di kalangan wanita.

“Maka dia perlu sebut dengan cara yang lebih berhemah,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu PU Syed sempat menitipkan pesan kepada netizen supaya bersabar dengan kenyataan ustazah tersebut.

“Bagi masyrakat dan netizen bawa bertenanglah.

“Mungkin ustazah tu ada sejarah ke ada masalah ke tapi yang baik kita ambil sebagai pedoman yang tak baik kita tolak tepi,” ujarnya.

sumber:mStar

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*