Kenali siapa Anwar Ibrahim… Ini 10 fakta yang anda perlu tahu tentang PM Ke-10

Kenali siapa Anwar Ibrahim… Ini fakta yang anda perlu tahu tentang PM Ke-10

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dimaklumkan selepas Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Khamis.

LIMA hari berteka-teki, akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Tambun itu selaras Perkara 40(2)(a) dan dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Berikut adalah 10 fakta mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang anda perlu ketahui:

1) Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan dikurniakan enam anak iaitu Nurul Nuha, Nurul Izzah, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana dan Ehsan Anwar

2) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

3) Antara jawatan yang pernah disandang adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982-1983), Menteri Belia dan Sukan (1983-1985), Menteri Pertanian (1985-1986), Menteri Pendidikan (1986-1990), Menteri Kewangan (1990-1998), Timbalan Perdana Menteri (1993-1998)

4) Terpalit tuduhan salah guna kuasa dan liwat pada 1998.

5) Memulakan kerjaya politik sebagai salah seorang pengasas organisasi Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

6) Mula berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 1982 hingga 1999 dan sekali lagi pada Ogos 2008 hingga Mac 2015

7) Dihukum penjara selama enam tahun pada 1999, selain hukuman penjara selama sembilan tahun bagi kesalahan seks luar tabii (liwat) yang mana kes berkenaan ‘melahirkan’ Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat)

8) Sekali lagi didakwa dengan tuduhan liwat membabitkan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari dan menyaksikannya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di penjara Sungai Buloh pada 2015, sebelum memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V pada 16 Mei 2018.

9) Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya untuk PRU15 memperoleh 82 kerusi. Kini merupakan Presiden PKR dan Pengerusi PH.

10) Bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober 2018 untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri, namun tidak berjaya. Kembali bertanding dalam PRU15 di Tambun dan menang dengan majoriti undi 3,736.

Sumber : mstar

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*