Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa meluahkan rasa malu dengan sikap pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew yang disifatkan bak ‘hero’ dalam membantu golongan memerlukan.
“Saya rasa malu sebab saya wakil rakyat, dan saya tidak dapat buat sebanyak yang dia buat,” katanya ketika mengulas tentang pendakwah tersebut yang lebih pantas melakukan segala kerja amal dan sumbangan.
Menerusi laporan Bernama, Annuar mengakui beliau mahu bertemu dengan Ebit untuk berkongsi perkara berkaitan kebajikan dan sumbangan kepada rakyat yang mungkin boleh dipelajari daripadanya.
“Mungkin saya berbeza pandangan sedikit, peranan NGO lain dan peranan kerajaan lain, tetapi dalam masa yang sama kita (pemimpin) harus ada perasaan malu, bukan malu dalam bentuk yang negatif, malu yang positif.
“Ini sebab orang yang tiada kuasa macam beliau sanggup berbuat lebih, bagaimana kita orang yang ada kuasa, kita tidak berbuat cukup,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, Annuar juga berkata tanggungjawab kerajaan tidaklah seperti peranan NGO. Hal ini kerana kerajaan juga perlu menumpukan untuk merangka dasar yang baik.
Selain itu, beliau juga mencadangkan agar kerajaan perlu mengadakan agenda dan program yang mungkin tidak dilihat oleh rakyat sekarang tetapi hasilnya dilihat dalam tempoh jangka masa lebih panjang.
“Kalau ada sesuatu masalah kita turun dan selesaikan, itu pun penting tapi sebagai kerajaan terutamnya kita harus memikir jauh daripada itu.
“Jadi kalau tidak nampak turun padang bukan bermakna kerajaan tidak berfumgsi, tetapi adalah lebih baik kalau kita menguruskan kerajaan dari segi pelaksanaan dasar yang baik…
“…sememtara kita juga terus menjadi sebuah kerajaan yang prtihatin dan cakna kepada permasalahan rakyat,” ujarnya.
Sumber: Bernama
Assalamu alaikum, Jika beyul rasa malu, Jgn halang sps ustaz wt, malah beri sokongan n ruang untuk ustaz tetuskn n Sama2 kita berdoa moga2 Rezki bisnes ustaz bertambah berlipat ganda.
Jgn nak d halang hnya kerana kerajaan nk merangka apa2 lagi pakej bantuan untuk rakyat, ya, kerajaan jg boleh teruskan dgn apa pun rancangan.
Mana rakyat yg menerima bantuan ustaz, itu dah ketentuan untuk mereka.
Saya d antara yg sudah lama, lali ngn kesusahan hidup, Begitu jg saudara2 saya yg lain, yg sedang d uji kesusahan. Masa n waktu kami menunggu perancanggan kerajaan..nak kena mengatur langkah, x kira ujan panas,lapar dahaga, nk jumpa Encik/ Puan bilik sana, bilik sini, bawa balik borang isi, pergi lagi, balik, kerapnya gini makan masa bertahun tahun, kemudian bertukar pulak Bos ( Encik/ Puan/ Datok/ Datok Sri…
Masa n Waktu kami x sama ngn Encik/ Puan/ Datok, Masuk pejabat, Mesyuarat, Beri arahan, nak lulus/ tidak, Nasib kami. Nasib kekadang makan hinaan ngn muka letih selamba, Bila berdesing masuk lubang telinga kanan, sebelum berlalu ikut telinga kiri, berdesing itu nikam kalbu kami. Apa tidaknya bika ayat dari kakitangan Tuan/ Puan/ Datok, ” Makcik, pakcik, Kak, abng tu X malu ke, kerap sangat mai bawa borang , toyak2 (nangis) nak minta bantuan. X reti nk wt kerja ke.”
Pekiknya tika nk rayu undi, lain ayat n layanan. Payah n lama sangat ke nak teliti borang yg d bawa tu, ada d antaranya ada pengesahan doktor.
Jadi apa yg Ustaz wt, betul, Ustaz Ziarah, ustaz teliti ngn sendiri, x perlu nk borang tandatangan cop, sana sini…Tu Pun Allah S.W.T bagi masa, ada masa , cukup masa waktu ustaz nk kesana sini, solat lagi, x perlu bnyak bilik pun ustaz masuk.
Semuany d permudahkn rezki, masa n waktu jg kesihatan wt ustaz keraba ustaz benar2 ikhlas. Malah ikhlasnya bukan takat x kira bangsa, x kira agama pun. Alhamdulillah.
Harap jgn salah faham, Saya xpernah terima apa2 bantuan dari ustaz. Saya susah dulu bukan zaman kehadiran ustaz. Saya sokong ustaz sbb dari mata celik pejam saya n mata hati saya, Ustaz benar2 ikhlas n Ustaz berbakti kerana Allah S.W.T.
Semoga kita semua d ampuni n d lindungiRohmati. Aamiinn.