Banjir yang melanda negeri Pahang ketika ini sememangnya antara yang terburuk pernah berlaku. Beberapa pusat pemindahan sementara telah dibuka dengan ribuan penduduk menjadi mangsa.
Sehubungan dengan itu, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah bergegas ke beberapa daerah di sekitar Pahang sejak dua hari yang lalu untuk menghulurkan sumbangan.
Bawa 1,000 telekung & T-shirt
Selain daripada menghulurkan sumbangan makanan kepada mangsa-mangsa banjir, beliau turut membawa sekali 1,000 helai baju T-shirt dan 1,000 pasangan telekung untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan.
Turun sendiri redah air banjir
Dalam perkongsian tersebut juga, dapat dilihat dengan jelas Ustaz Ebit Lew meredah banjir separas pinggang dan kenderaan yang dinaiki olehnya turut ditenggelami air banjir.
View this post on Instagram
Beliau mengakui berasa hiba melihat mangsa-mangsa banjir seperti warga emas yang tidak berdaya telah diselamatkan oleh penduduk kampung yang prihatin.
Selain daripada itu, Ebit Lew turut sempat menziarahi keluarga mangsa banjir yang hilang dan memberikan mereka semangat serta mendoakan agar mangsa-mangsa yang meninggal dunia di tempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Semoga banjir yang melanda Pahang, Johor dan negeri-negeri lain di Malaysia segera pulih.
Sumber: Ebit Lew
Leave a Reply