Pendakwah terkenal, Ebit Lew meneruskan usaha jejak dakwahnya di bumi orang dengan menyantuni gelandangan-gelandangan di Sao Paolo, Brazil.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ebit turut berkongsi sedikit catatan ringkas mengenai detik indah bertemu dengan gelandangan tersebut.
“Dah malam ziarah gelandangan di Sao Paolo Brazil. Begitulah kehidupan. Di tengah bandar besar ramai tidak mampu meneruskan hidup untuk sewa rumah.
“Jadi ramai hidup di jalanan dengan membuat khemah dari plastik dan tutup-tutup begitu sahaja,” katanya dalam perkongsian itu.
Dalam pada itu, Ebit juga turut terharu dengan kelapangan dan kemesraan mereka dalam menerima kedatangannya yang jauh dari Malaysia.
“Walau kali pertama terasa mesra dan dekat. Senyum-senyum sahaja. Mesra juga mereka walau berbahasa Portugis.
“Ramai tanya dari mana. Dari Malaysia. Awak datang sejauh ini kerana teringat pada kami. Kata mereka semoga Tuhan merahmati kamu.
“Alhamdulillah usaha di Malaysia setiap hari masih berjalan oleh team kami. Doakana usaha kasih sayang di Brazil menjadi asbab kebaikan,” tambahnya.
Jumpa ‘Abang Kawasan’
Ziarah ketua kawasan satu kawasan yang dikatakan bahaya di Sao Paolo Brazil.. Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang situ. Terasa macam dah lama kenal.
Bawa bantuan dan kasih sayang buat mereka.
Mereka hidup susah. Anak-anak tak sekolah. Sebelum ni duduk dalam khemah. Sekarang dapat bilik kecil duduk dengan keluarga.
RAMAI AJAK BERGAMBAR KERANA TERTARIK DENGAN JANGGUT EBIT LEW
Baik sangat ketuanya walau orang kata macam mafia. Katanya 25 jam tuan fly untuk bantu kami. Ramai tengok janggut saya dan pakaian saya. Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut.
Terima kasih kerana datang beri bantuan pada kami. Semua datang dekat mesra dan tanya macam-macam soalan. Semoga hidup mereka dimudahkan dan sentiasa diberi kebaikan.
Terima Layanan Baik, Ebit Lew Santuni Paderi Di Gereja Sao Paolo Brazil Buat Netizen Terharu
Pendakwah bebas ustaz Ebit Lew meluahkan rasa terharu apabila menerima layanan yang cukup baik daripada paderi-paderi Gereja Besar di Sao Paolo, Brazil.
Menerusi laman sosial Facebook, Ebit berkongsi momen sewaktu pertemuannya bersama ketua rumah ibadat tersebut untuk tatapan umum.
“Terharu dapat layanan baik dari Paderi di Gereja Besar di Sao Paolo Brazil.. Berbual dan bertukar pendapat dalam program kemasyarakatan.
“Tadi saya ada program menyantuni homeless di depan Gereja. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Untuk info, Ebit bersama pasukannya berlepas ke Brazil pada Jumaat bertujuan untuk menyebarkan kebaikan dan menghulurkan bantuan.
Selain berkongsi pertemuannya dengan paderi, Ebit turut sama menghulurkan bantuan makanan kepada golongan gelandangan yang menetap di kawasan hadapan gereja.
Sumber : GEMPAK / Ebit Lew
Leave a Reply