Sejak pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), murid dan pelajar sekolah diarahkan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian.
Bagaimanapun, perkara tersebut telah menimbulkan pelbagai kekangan lebih-lebih lagi buat pelajar yang tidak memiliki peranti yang sesuai bagi menjalani PdPR.
Justeru itu, proses pembelajaran terganggu dek kerana ada yang tidak dapat menyertai kelas secara atas talian yang dilakukan oleh guru mereka.
Mengambil berat tentang permasalahan dihadapi dalam kalangan pelajar ini, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew tampil melakukan inisiatif bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.
Hari ini, beliau memuat naik sebuah posting di Instagram apabila telah membeli sebanyak 100 buah tablet baru untuk dihadiahkan kepada para pelajar yang memerlukan.
Pohon doakan
View this post on Instagram
Umum tahu pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew itu memang tidak asing lagi dengan kesungguhan bagi membantu ramai manusia dalam kesusahan dengan seikhlas hati tanpa meminta sebarang balasan.
“Pohon doakan ya. Baru beli 100 Tab untuk hadiahkan pada pelajar yang memerlukan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Ebit Lew meminta sesiapa yang benar-benar memerlukan, boleh menghubunginya.
Ramai yang menyifatkan Ebit adalah ‘hero’ apabila sering menjadi individu terawal tampil menghulurkan bantuan sekiranya terdapat kisah golongan daif yang menjadi tular di media sosial.
Sumber: Instagram Ebit Lew
Saya nak
Saya memerlukan
Saya memerlukan tab tersebut