Ebby Yus reda rumah hilang akibat banjir, Nabil & Kak Lina menangis dengar cerita

Bencana banjir yang melanda Selangor dan negeri-negeri di sekitarnya kini turut dirasai selebriti tempatan apabila ada di antara mereka kehilangan rumah yang menjadi impian selama 4 tahun dibangunkan.

Nasib rumah pelawak terkenal, Ebby Yus yang 90% sudah siap nyata tidak begitu baik apabila lenyap dibawa arus deras walaupun tinggal 10 % sahaja lagi untuk didiami.

Tenang cerita keadaan rumah

Ebby Yus yang hadir ke Meletop malam tadi telah bercerita dengan tertawa keadaan rumahnya yang hilang dibawa arus banjir walaupun pengacara program berkenaan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sudah bergenang air mata.

Kongsi kronologi rumah dilanda banjir

Dalam kronologi yang diceritakan, pelawak itu memaklumkan sempat singgah ke rumahnya untuk meninjau kerja-kerja pemasangan wallpaper dan kemudian mendapat panggilan dari seorang ustaz mengajaknya menyertai kerja kebajikan ke Kuala Kapar.

Ketika dalam perjalanan, dia mendapat panggilan daripada tukang buat rumah memaklumkan keadaan air yang mulai naik dan rumahnya yang sedikit senget akibat arus deras.

Namun, tidak lama selepas itu, Ebby Yus sekali lagi menerima panggilan dalam suara sebak memberitahu rumahnya sudah habis dihanyutkan banjir.

Pengacara sebak dengar ketabahan Ebby Yus

Ketika menceritakan situasi itu, reaksi tenangnya disambut dengan tangisan daripada dua orang pengacara yang begitu sebak mendengar apa yang menimpa pelawak tersebut.

Ebby Yus menyatakan yang dia reda dengan ujian daripada Allah S.W.T.

Beliau orang yang hebat

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan YouTube Meletop dengan berasa kagum melihat ketabahan pelawak berkenaan.

Mana tidaknya, dengan sekelip mata sahaja, Ebby Yus telah mengalami kerugiaan RM200,000 dan rumah impiannya sejak berpuluh tahun bergelar anak seni hilang sekelip mata tanpa sempat dihuninya.

Bukan calang2 orang mampu kuat terima ujian macam ni

Sumber: YouTube Meletop, FB online

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*