Duji dengan sihir pemisah, Bella Astillah akui hubungan rumah tangga ‘dingin’

Duji dengan sihir pemisah, Bella Astillah akui hubungan rumah tangga ‘dingin’

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah baru-baru ini mendedahkan bahawa dia dan suami yang juga selebriti, Aliff Aziz telah terkena sihir pemisah.

Hubungan rumah tangga kurang baik

Menerusi kenyataannya kepada Kosmo!, Bella Astillah memaklumkan yang sejak sebulan kebelakangan ini, hubungan mereka suami isteri agak dingin sehinggalah mereka berjumpa dengan seorang ustaz meminta pendapat.

Ujarnya, ustaz berkenaan mendedahkan yang mereka terkena perbuatan jahat seseorang dan boleh jadi mimpi-mimpi buruk yang dialami mereka berdua disebabkan gangguan tersebut.

“Jujur katakan, ujian ini berat untuk saya.”
“Sudah lebih sebulan kejadian ini berlaku. Sebenarnya saya pun baru sahaja tahu. Jujurnya dahulu saya tidak percaya dengan benda-benda begini (sihir). Tapi selepas 28 tahun hidup dan berlaku ke atas diri sendiri, barulah saya percaya.
“Kata ustaz yang ditemui, saya dan suami terkena sihir pemisah rumah tangga. Sebab itu hubungan kami sejak sebulan lalu tidak okey,” ujarnya.

Ustaz minta jangan cari individu tak bertanggungjawab itu

Pemilik nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah, 28 itu juga mengatakan kebahagiannya bersama suami yang kembali terjalin selepas dilanda gelombang beberapa tahun lalu rupanya tidak disenangi pihak tertentu sehingga sanggup melakukan perkara khurafat kepada mereka.

Namun begitu, Bella memaklumkan ustaz yang merawat mereka memintanya supaya tidak mencari individu dipercayai wanita tersebut dan meneruskan sahaja kehidupan seperti biasa.

Suami isteri alami mimpi buruk

Bercerita tentang mimpi yang dia dan Aliff alami, anak kelahiran Sabah itu menjelaskan yang pernah beberapa kali bermimpi sesuatu yang buruk termasuklah didatangi haiwan berbisa.

“Saya ada mimpi ular. Tetapi Aliff alami mimpi yang lebih buruk. Bayangkan Aliff bermimpi saya bawa balik lelaki di dalam rumah dan nampak saya bergaduh dengan lembaga hitam,” kongsinya.

Anggap apa yang terjadi salah sendiri

Walau bagaimanapun, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu enggan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kejadian terbabit dan meletakkan salah dibahunya sendiri.

Menurutnya, mungkin tindakan kerap berkongsi kehidupan peribadi di media sosial membuatkan pihak tertentu tidak senang hati.

“Dugaan kali ini lebih berat sebab melibatkan perkara yang saya tidak nampak. Saya anggap kejadian ini sebagai teguran dan ujian untuk diri saya.
“Mungkin sebelum ini saya berkongsi terlalu banyak (kebahagiaan bersama keluarga) sehingga membuatkan ada pihak berasa tidak selesa.
“Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan meminta maaf kalau ada yang kurang senang dengan perkongsian saya,” ujarnya.

Bersyukur suami terbuka hati berubat

Di akhir perkongsian itu, Bella meminta maaf kepada semua pihak andai selama ini dia dan keluarga ada mengguris hati mereka sehingga ada yang tidak berpuas hati.

Dia juga berasa sangat bersyukur kerana suaminya iaitu Aliff Aziz terbuka hati untuk berubat dan sentiasa ada bersama dalam situasi berat yang mereka alami kali ini.

“Syukur kerana Aliff terbuka hati ikut berubat. Alhamdulillah, sudah ada perubahan dalam rumah tangga kami.
“Selepas episod hitam itu berakhir, kami lebih berinisiatif untuk memperbaiki diri masing-masing.
“Terima kasih kepada Aliff yang sentiasa ada di sisi saya selain sering memberikan sokongan moral. Kami perlu kuat untuk pertahankan rumah tangga ini,” tutupnya.

Sumber: Kosmo! (Mohammad Shahemy Azmi)

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*