Dominic Tan Sah sertai Police Tero Liga 1 Thai

dominic tan sah sertai police tero

Jika pada artikel sebelum ini kami menulis berkaitan dengan Domic Tan yang tidak lagi bersama pasukan Johor Darul Ta’zim. Hari ini satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Kelab yang baru sahaja naik ke Liga satu Thailand itu.

Menurut kenyataan rasmi dilaman facebook kelab tersebut Police Tero mengatakan bahawa mereka telah secara rasmi mengikat satu kontrak dengan pemain bek Harimau Malaya itu dengan tempoh 2 tahun. Ini menjadikan Dominic antara pemain yang akan bermain di Liga 1 Thailand pada musim 2020.

Dalam kemaskini laman facebook Police Tero anda akan dapat lihat perkembangan ini dan ia juga secara rasmi disahkan di laman Twitter Ligathai.


Tahniah diucapkan kepada Dominic Tan dan ini merupakan satu perkembangan yang sangat baik untuk pemain Bolasepak tanah air.

Sebelum ini pemain ini hadir ke dalam pasukan Police Tero sebagai pemain simpanan daripada kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. Kini Dominic sah menjadi pemain rasmi kelab tersebut. Dan pemain ini mengesahkan bahawa dia tidak lagi bersama Johor DT untuk musim 2020 sebelum ini di laman instagramnya.

Tahniah dan Terima kasih kepada pasukan Johor Darul Ta’zim atas jasa perkembangan pemain ini untuk beraksi di salah satu liga terbaik Asia.

Harap pemain muda yang berusia 23 tahun ini dapat menambah pelbagai ilmu disana dan dapat memberikan yang terbaik kepada pasukan Negara pada masa hadapan. Tahniah Dominic Tan.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*