Bandar Baharu : Seorang wanita bernama Hani memuat naik status memohon doakan agar ibu dan kakaknya serta dua anak dipercayai lem4s bila kereta Proton Persona mereka terjun4m ke Tasik petang tadi.
Setakat pukul 10 malam tadi dua telah disahkan men1nggal dunia dalam tragedi malang itu, mereka disahakan men1nggal ialah seorang ibu dan anaknya info penuh m4ngsa belum disahkan.
Pasukan bomba sedang berusaha mencari m4ngsa dalam sebuah Proton Persona yang terjun4m ke dalam Tasik Lake Resort, Serdang, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.24 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang tiba di lokasi pada jam 6.27 petang.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecem4san dari MERS 999 yang sebuah kereta jatuh ke dalam tasik berkenaan.
Berikutan itu, sebuah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi penyelam4tan, katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, setakat ini belum dapat dipastikan jumlah m4ngsa dalam kereta berkenaan.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan dengan bantuan BBP Selama, Perak.
Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani turut menyertai operasi ini, katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Mohd Akmal Hizam Abd Khupur mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, bagaimanapun belum dapat dipastikan lagi berapa mangsa dalam kenderaan berkenaan.
Operasi sedang dilakukan di lokasi terbabit, Siasatan awal mendapati kereta berkenaan datang ke tasik itu untuk berjoging, mungkin tertekan minyak atau sebaliknya, Saya akan maklumkan kemudian,katanya ketika dihubungi hari ini. Al fatihah.
Sumber : mediatular
Leave a Reply