Melihat daripada perkembangan penurunan penularan Covid-19 di Malaysia, Menteri Kanan Keselamata, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap agar rakyat Malaysia dapat berdoa supaya urusan pulang ke kampung pada hari raya nanti dapat terlaksana.
“Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini.” Tuturnya.
Menurut beliau lagi, jika trend penurunan kes harian Covid-19 berterusan, berkemungkinan rentas negeri boleh dibenarkan dengan penilaian risiko dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan rakyat boleh pulang beraya di kampung tahun ini.
“Tahun lepas atas nasihat KKM, kita tak balik raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rutin, bila tak dapat balik kampung, saya juga kecewa.”
“Tetapi dengan kes yang makin menurun dan R-Naught yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini, KKM akan menilai, jadi kita doakan raya tahun ini boleh balik kampung. “ Katanya kepada Bernama.
Selain daripada itu, Ismail Sabri juga ada memaklumkan bahawa keputusan untukmembuka sempadan negeri perlu dipertimbangkan sebaiknya kerana sebelum ini aktiviti merentas negeri menjadi salah satu punca kes kembali mencanak.
Beliau enggan rentas negeri untuk berhari raya akan menjadikan kluster balik kampung kembali meningkat.
Setakat ini, Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sudah dipinda kepada PKPB dimana aktiviti merentas daerah sudah dibenarkan. Namun, untuk merentas negeri masih belum boleh memandangkan kes masih lagi berada di 4 angka.
Sumber: Bernama
Leave a Reply