Doa Untuk Memiliki Rumah Sendiri, Jom Amalkan.

Doa Untuk Memiliki Rumah Sendiri, Jom Amalkan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Dalam zaman kita sekarang, pemilikan rumah adalah terlalu sukar kerana harga rumah yang semakin meningkat dan perbelanjaan keperluan harian yang setiap bulan juga semakin bertambah. Tidak semua orang berpeluang untuk belajar ilmu kewangan yang boleh membantu mereka memiliki rumah sendiri dari awal.

Mungkin ada yang rasa sudah terlewat untuk memiliki rumah sendiri dan kekal menyewa rumah sehingga sekarang. Namun janganlah putus asa kerana setiap keperluan duniawi kita ini jika diizinkan Allah kita akan memiliki rumah sendiri juga suatu hari nanti.

Sahabat yang di rahmati Allah..

Di riwayatkan dari alhabib Tohir Alkaff, beliau mendapatkan dari Alhabib Thohir bin Muhammad bin Sholeh Alhamid (Tanggul), beliau berkata ini do’a dari Alhabib Sholeh Tanggul.

Maksudnya :

Ya allah engkau pemilik baitullah, Aku memohon dengan wasilah ahlil bait rosulullah, Agar engkau mudahkan untukku sebaik2nya rumah. Sehigga aku tidak mengucap seandainya aku punya rumah,

Insya Allah dengan izinNYA tidak sampai setahun kita akan diberi rezeki rumah. Dan jangan lupa biasakan diri memberi sedekah untuk anak yatim minima memberinya sekadar yang mampu dan usap kepalanya dengan penuh kasih sayang.

Sekiranya sudah dapat rumah baru boleh amalkan amalan dibawah.

5 Panduan Dan Doa Memasuki Rumah Baru Menurut Islam

Nabi Muhammad saw gemar membuat perkerjaannya diwaktu pagi, sementara hari-hari lain diisi dengan puasa pada hari Isnin dan Khamis. Ini menunjukkan hari-hari tersebut berkelebihan daripada hari-hari lain.

Oleh itu, apa salahnya jika kita cenderung melakukan perkara yang baik pada hari-hari pilihan Nabi saw. Salah satunya seperti, pindah ke rumah baru. Lebih baik sekiranya kita mengikut sunnah Rasullullah untuk mendapat ganjaran pahala yang telah dijanjikan.

Lagi panduan dan amalan semasa pindah rumah baru seperti dibawah.

AMALAN SEMASA PINDAH RUMAH BARU, samada rumah sewa yang sudah lama ditinggalkan kosong atau rumah baru siap.

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut:

Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam

 

Sumber: Facebook Bidara Syifa Penawar Sihir. Siakapkeli.my

 

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*