Ditegur jangan buka aib orang, Caprice ajak kaunselor lepak ‘minum kopi’

Kontroversi-kontroversi yang melibatkan penyanyi rap, Caprice dengan beberapa isu semasa membuatkan netizen tak menang tahan tangan untuk mengetahui perkembangan terkini berkenaannya.

Dia juga teruk dikecam di media sosial kerana dikatakan ‘koyak’ selepas beberapa pihak diminta untuk memohon maaf kepadanya dalam tempoh yang ditetapkan ataupun bersedia untuk disaman.

Ditegur untuk tidak bercerita aib orang

Disebabkan beberapa tindakan beraninya yang seakan kurang disenangi oleh masyarakat, seorang kaunselor yang lebih dikenali sebagai Haji Mokhtar atau Ayah Haji telah memuat naik satu video dengan memberikan sedikit teguran kepada selebriti terbabit.

@crhjmokhtar VIRAL KASI CAPRICE…. #puazman #caprice #muhasabahdiri #ayahhj #crhjmokhtar #tiktok #fypシ ♬ original sound – Kaunselor HjMokhtar (AyahHj)

Menerusi teguran itu, dia meminta agar Caprice supaya tidak terlalu berani mendedahkan aib orang lain dan tidak menjadikan media sosial tempat untuk meraih perhatian.

Dosa akan berantai-rantai

Dia meminta agar selebriti itu berhenti mengupas aib orang lain kerana ia tidak disukai oleh Rasulullah. Ujarnya lagi, dia sama sekali tidak memihak kepada sesiapa kerana benar atau salah individu tersebut, ia belum diputuskan oleh pihak mahkamah.

“Allah dunia akhir zaman ini. Tak sudah-sudah kita nak cari kesalahan orang dan viralkan biar orang ramai tahu. Masya-Allah.

“Ini pesanan haji untuk Caprice dengan kes PU Azman pula. Haji tak nak bela siapa-siapa. Tak kata PU Azman salah atau betul tetapi Caprice tolonglah, sudah-sudahlah buat kerja macam ni. Rasulullah marah. Tak suka kepada orang yang buka aib sendiri apa lagi aib orang lain. Janganlah,” pesannya.

@crhjmokhtarPU AZMAN & HJMOKHTAR dalam Program ‘EMPATI’ TV RTM

♬ suara asli – @ana24029019

Tambah Ayah Haji lagi, dia hanya memberikan sedikit teguran kerana jika ia terus diulas dan viral, dosanya akan berantai-rantai.

“Kalau benda itu tak betul dosa kita akan berantai-rantai kerana viral kan ke seluruh dunia.

“Sudah-sudahlah mari ingat mati. Kita jadi orang baik, buat kerja baik tak payah nak jadi pembela agama, pembela bangsa dengan guna kuasa viral dan aibkan orang lain. Ingat mati,” tegasnya.

Caprice nak jumpa Tuan Haji

Namun begitu, Caprice seperti biasa menerusi Insta Story miliknya telah membalas video tersebut dengan meminta agar pihak yang mengenali kaunselor itu menghubunginya untuk sama-sama duduk semeja dan bertukar pandangan.

Dalam kenyataan selebriti berkenaan, dia hanya ingin mengajak Ayah Haji berbual dan minum kopi setelah dirinya ‘dipetik’ dalam video teguran terbabit.

Terdahulu, kisah kontroversi melibatkan Caprice telah mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila dia cuba membantu remaja-remaja yang dikatakan menjadi mangsa amang seksual kepada seorang pendakwah.

Tak hanya itu, dia juga turut akan menyaman sebuah syarikat pasar raya yang dikatakan memerlinya dalam satu ciapan di Twitter kelmarin.

Sumber: TikTok crhjmokhtar, Instagram Caprice

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*