Polis sampaikan derma pada ibu mencur1 kerana anaklapar, Sak1t

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal sering menjadi buah mulut masyarakat atas keprihatinan beliau terhadap orang ramai di sekelilingnya.

Sebagai pemimpin yang baik, beliau telah menunjukkan banyak tauladan buat para pengikut termasuk orang awam yang mengkaguminya.

Baru-baru ini, beliau sekali lagi menjadi tumpuan rakyat selepas mendekati seorang wanita yang didakwa telah mencuri beberapa barang keperluan asas di sebuah pasaraya.

Perkara itu telah dikongsikan Polis Daerah Petaling Jaya di laman Facebook rasmi mereka.

PETALING JAYA, 21 Januari 2021 (Khamis) – Seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anaknya. YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal terpanggil untuk mengunjungi seorang surirumah yang telah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya. Barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat – ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit.

Atas dasar belas ehsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyumbangkan barangan makanan dan barangan harian kepada beliau agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Pandemic Covid-19 ini.
“Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan mencuri kek, kool fever untuk anak yang sakit. Jadi saya terpanggil untuk berjumpa dengan wanita itu. Saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia tak akan buat perkara-perkara begitu.

“Kalau lapar, kita boleh tahan lagi. Kalau anak-anak kita lapar, itu perkara lain,” ujarnya sambil membawa beras yang disumbangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk wanita itu bersama beberapa barang keperluan lain termasuk Kool Fever.

Ketika menyampaikan sumbangan, Nik Ezanee sempat berpesan agar wanita itu menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakan mahupun pergi ke balai polis sendiri jika mengalami kesusahan.

“Tak, tak, tak susah-tak susah,” balasnya kepada wanita yang dipercayai berasa serba salah berkenaan.

“Susah-susah sangat, mari balai polis,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut menitipkan pesanan buat orang ramai agar saling menjaga antara satu sama lain di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Dalam PKP ni dalam kita nak melawan virus COVID-19 ni ramai yang terkesan, tak kira frontliner, orang awam dari semua peringkat, semua terkesan. Jadi kita berkorban sikit.

“Korbankan sedikit kesusahan untuk masa depan. Ada lagi yang lagi susah. Kita sama-sama bantu mana yang kita boleh,” pesannya.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*