Pemuda jual kereta kesayangan, 100% hasil disumbang ke pondok tahfiz

Pelbagai cara dapat kita lakukan untuk melakukan kebaikkan. Sedekah dan melakukan amal jariah merupakan antara salah satu tiket untuk ke syurga yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Jual kereta kesayangan demi pahala

Menerusi satu perkongsian yang diperoleh daripada laman Facebook Motorsports Malaysia, seorang pemuda telah menjual keretanya dan menginfakkan semua hasil jualan tersebut kepada sebuah pondok Tahfiz di Pahang.

100% untuk pondok tahfiz

Menurut laman Facebookberkenaan, kereta itu adalah kereta kesayangannya dan apa yang dilakukan adalah salah satu cara mengumpul saham akhirat.

Menggunakan nama Facebook Semangat Membara, pemuda terbabit memaklumkan kereta yang ingin dijual masih lagi cantik dan turut memuat naik keadaan keretanya yang terjaya rapi.

Pengusaha pasaraya

Dalam pada itu, di ruangan komen pula, laman Facebook Motorsports Malaysia ada memberitahu bahawa pemuda terbabit merupakan pengusaha sebuah pasaraya di Pahang dan mengajak orang ramai supaya sama-sama menyokong perniagaan beliau.

Semoga terus murah rezeki bro

Tindakan murninya telah mendapat perhatian warganet dan rata-rata mengucapkan terima kasih serta memuji kebaikkan yang dilakukan oleh pemuda itu.

Bila kereta bukanlah segala-galanya

Tiba masa mengejar akhirat

Sumber: Motorsports Malaysia, Semangat Membara

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*