Sejak belakangan ini, nama penyanyi rap Caprice menjadi bualan hangat netizen di media sosial apabila terpalit dengan pelbagai isu sensasi sehingga berlarutan dari satu cerita ke satu cerita yang lain.
Susulan perkara itu, seorang lelaki dipercayai pembantu pegawai perubatan tampil mengulas berhubung kelakuan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang dikaitkan dengan gangguan personaliti.
Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, @xscout84 atau Sabri Matsain memberi pandangan peribadinya selepas ada netizen yang bertanya mengenai personaliti penyanyi berusia 34 tahun itu.
@xscout84 #question from @Sabri Matsain just pointing out my opinion. #histrionicpersonalitydisorder #HPD #pov #sabahan #insight #rawatminda #question #nasihat ♬ original sound – Sabri Matsain
Sabri berkata, bidang psikologi mempunyai cabang gangguan personaliti namun bagi sikap Caprice, penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan itu diklasifikasikan sebagai Histrionic Personality Disorder (HPD).
View this post on Instagram
Jelasnya, HPD yang masih dalam kajian pakar adalah sejenis gangguan dimana seseorang individu itu lebih cenderung untuk mendapatkan perhatian yang diinginkan.
“Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa dengan tuan (Caprice) ni kan? Dalam bidang psikologi, kaunselor biasanya akan bercakap tentang personaliti disorder macam narsistik dan sadistik sebab ia menyakitkan orang lain.
“Tapi untuk kes (Caprice) ni, ada satu personaliti disorder kita boleh kaitkan dengan dia iaitu HDP. Sebenarnya benda ni masih dalam kajian ahli-ahli psikologi…
“Tetapi sifat yang paling ketara adalah keinginan individu tersebut berada dalam center of attention (menjadi tempat tumpuan). Kita semua ada personaliti seperti itu…
“Tapi kalau ia sudah menjadi terlalu keterlaluan, berlebihan… mungkin perlu berjumpa dengan seseorang yang pakar dan minta nasihat,” katanya.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, segelintir netizen mengucapkan terima kasih atas perkongsian ilmu itu tetapi ada juga dilihat kurang mengambil serius mengenai penjelasan itu dengan memberi reaksi gurauan.
Hanya mahu berkongsi kesedaran
@xscout84 Replying to @ninirafar just pointing out my opinion #question #rawatminda #insight #histrionicpersonalitydisorder #nasihat #sabahan ♬ original sound – Sabri Matsain
Caprice ada penyakit hati?
Harap dia dapatkan rawatan
Terima kasih atas keterangan
Moga tiada perkara buruk berlaku pada tuan
Betul sangat tu!
Jaga-jaga, nanti dia ‘korek’ pasal tuan?
Terdahulu, Caprice sering membuat ulasan berhubung isu yang tular di media sosial selain beberapa siri pendedahan membabitkan golongan pendakwah sekali gus menerima kecaman ramai.
View this post on Instagram
Sumber: TikTok @xscout84 , Instagram Caprice
Leave a Reply