PENYANYI dan usahawan Ifa Raziah mengakui memang sengaja membuat siaran langsung yang memperlihatkan dirinya sedang bersembahyang.
Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 47, berkata, dia bertindak demikian kerana berasa geram dengan tuduhan segelintir netizen terhadapnya yang sering mempersoalkan amal ibadahnya selama ini.
“Memang saya nak menunjuk kepada umum bahawa saya tidak mencabar Allah. Sekiranya betul saya ingin mencabar Tuhan, buat apa saya buat semua itu.
“Ada mengatakan saya ini seorang jahil dan ahli neraka. Kalau saya ahli neraka, ya mungkin memang sebab tidak layak masuk syurga sebab orang layak itu adalah mereka yang mengata saya,” katanya kepada mStar.
Ifa meluahkan rasa kesal apabila masyarakat mengatakan dirinya sebagai individu jahil dan cuba mencabar kuasa Allah.
Ifa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Wonder Suit by Jovian yang diadakan pada Rabu.
Dalam pada itu, Ifa berkata, mereka yang menghina dan mengecam dirinya tidak pernah mengenalinya secara dekat apatah lagi tinggal sebumbung dengannya.
“Setiap pagi saya akan bangun solat Tahajud sekitar pukul 3.30 pagi atau 4.30 pagi. Betapa indahnya Allah kejutkan saya dengan kasih sayang sebab tak perlukan alarm untuk bangun.
“Kemudian saya teruskan dengan solat Subuh, membaca al-Quran sehingga pukul 8 pagi. Kemudian saya tidur sekejap sehingga pukul 11 pagi,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ifa menegaskan dia tetap menjaga hubungan dengan Allah dan menunaikan kewajipan sebagai seorang umat Islam.
Mereka fikir saya tidak bertudung, jadi saya tidak solat dan sebagainya.
IFA RAZIAH
SELEBRITI
“Mereka fikir saya tidak bertudung, jadi saya tidak solat dan sebagainya. Saya tetap solat seperti mereka tonton dalam video live itu, saya terus solat apabila masuk waktu tetapi mereka yang menonton tidak solat.
“Pada saya taufiq hidayah itu serah kepada Allah. Apa yang saya tahu, saya sudah banyak berubah dalam keadaan sekarang berbanding dulu. Ya, mungkin bertudung sahaja belum,” katanya.
Sementara itu bercerita tentang Wonder Suit by Jovian, Ifa bersama barisan artis Rozita Che Wan, Ning Baizura, Sherry Al-Hadad dan Dolla sebagai duta dan rakan niaga korset.
Produk tersebut merupakan jenama baharu bagi pasaran pakaian dalam tempatan yang menawarkan variasi pilihan khusus buat golongan wanita dan lelaki.
Ifa menggayakan korset Wonder Suit by Jovian.
Malah korset itu juga turut boleh dipakai ketika sedang melakukan aktiviti olah raga memandangkan menggunakan material berkualiti tinggi dan teknologi tinggi.
Bukan itu sahaja korset terbabit turut direka untuk meninggakatkan bentuk badan dan mengempiskan perut termasuk menawarkan keselesaan serta membantu menyokong bentuk badan untuk pemakaian sepanjang hari.
“Apabila ditawarkan oleh Datuk Jovian saya gembira dan tidak sangka perkara itu terjadi. Siapalah saya kerana artis yang kerjasama dengan dia semua ada kelas, tapi syukur dia ingin bekerjasama dengan saya bersungguh-sungguh.
“Kainnya lembut dan selesa untuk pakai dan saya yakin produk ini boleh mendapat tempat dalam kalangan pengguna di luar sana dan sekarang saiz pinggang 25 inci,” terangnya.
Sumber : Mstar
Leave a Reply