Didakwa Nikah Tanpa Pengetahuan Keluarga, Abang Viva Tampil Buka Mulut – “Dah 5 Kali Cakap Pada Mak, Cuma Mereka Tak Setuju Dengan Pilihan Hati Saya…”

Saya minta maaf atas segala kekeliruan. Yang sebetulnya saya bukan nikah hari ini (Jumaat, 21 Oktober 2022). Saya telah bernikah pada 14 Oktober 2022. Kami berkahwin secara senyap tetapi bukan tanpa pengetahuan emak ayah seperti yang didakwa.

“Pada 13 Oktober emak saya ada kirimkan nota ucapan Selamat Pengantin Baru. Terus terang, saya telah beritahu mereka mengenai perkahwinan saya. Pada ayah, saya dah cakap sebanyak tiga kali dan untuk emak pula lima kali mengenai saya nak berkahwin.

“Cuma… mereka tak berkenan dengan pilihan hati saya. Itu saja masalahnya. Iya, saya bersalah sebab teruskan juga perkahwinan ini. Tapi untuk makluman saya tekankan bukan tanpa pengetahuan emak dan ayah,” jelasnya.

Perbualan WhatsApp antara Emak & Abang Viva

Bagi mengukuhkan pengakuannya itu, Abang Viva berkata dia telah menghantar gambar perkahwinan dan video akad nikah sambil berkongsi perbualan WhatsApp antaranya dan emak kepada umum.

“Saya bercakap berdasarkan bukti. Ini perbualan WhatsApp antara emak dan saya. Selepas nikah, pada 15 Oktober dan 16 Oktober saya ada beritahu kami telah bernikah.

“Dan setelah saya beri penerangan yang saya telah bernikah kepada umum. saya terus hantar gambar kahwin termasuk video akad nikah pada emak saya. Kali terakhir saya beritahu emak saya nak bernikah pada 12 Oktober malam,” katanya.

Ditendang Keluar Dari Group WhatsApp

Menjawab persoalan netizen yang mengkritik caranya menyelesaikan masalah ini, Abang Viva mendedahkan dia telah ditendang keluar dalam group WhatsApp keluarga oleh kakaknya sekitar bulan lima lalu.

“Orang tanya kenapa tak bincang sesama keluarga sebaliknya guna media sosial. Saya pun tak dapat jawab tu. Kalau semua ingat pada bulan 5 atau 6 saya ada misi banjir di Baling, Kedah dan ketika itu saya ditendang keluar daripada group WhatsApp keluarga.

“Saya dikeluarkan oleh kakak saya sendiri, itulah sebabnya saya tak tahu apa yang terjadi dalam keluarga saya.

“Saya mohon semua pihak untuk mendoakan kami dan beri saya dan keluarga peluang untuk berbincang mengenai masalah kami secara tertutup. Terima kasih, saya minta maaf,” ujarnya.

sumber: xtra

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*