Terima aduan di balai, Ketua Polis Petaling Jaya datang ‘damaikan’ 2 jiran bergaduh

Umum sedia tahu bahawa Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, YDH Nik Ezanee Bin Mohd Faisal sememangnya akrab dengan masyarakat.

Bau-baru ini, pihak Balai Polis Sungai Way telah menerima satu laporan berkaitan perselisihan faham yang berlaku di sebuah kejirananan.

Hadir sebagai pendamai

Jadi, bagi membantu menyelesaikan masalah, Nik Ezanee dan Ketua Polis Balai Sungai Way Insp. Zulfadly Bin Yacob telah mengambil satu inisiatif dengan meluangkan masa menjenguk kedua jiran tersebut dan mendamaikan perselisihan faham yang berlaku.

Datang bawa hadiah

Kehadiran beliau secara santai turut membawa hadiah berupa limau sempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi.

Selain itu, beliau juga membawa pasu bunga dan dihadiahkan kepada sebuah lagi keluarga sebagai tanda menjernihkan keadaan antara jiran-jiran di kawasan berkenaan.

Semoga Tuhan merahmati Tuan

Pastinya perkongsian tersebut membuatkan warganet tersenyum melihat keprihatinan Ketua Polis Petaling Jaya yang menyelesaikan isu tersebut secara lebih santai.

Mereka juga berharap supaya perselisihan faham yang berlaku dapat diselesaikan sebaiknya tanpa melibatkan undang-undang hingga merosakkan hubungan baik sesama jiran tetangga.

Contoh terbaik!

Semua benda beliau kasi settle

Turut bersama YB menteri

Selain daripada itu, menerusi perkongsian di Laman Facebook Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Nik Ezanee dilihat sempat meluangkan masa bersama Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Albakri memberikan makanan kepada penduduk Desa Mentari dan membantu memberi sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya, YaPEIM

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*