Tinggal sehari lagi sebelum bulan Ramadan hadir membawa beribu kebaikkan. Sudah pasti ramai umat Islam yang telah bersedia menyambut bulan mulia ini bagi menunaikan ibadah puasa.
Bagi golongan selebriti juga, mereka turut sama tidak sabar menanti bulan Ramadan apabila dapat beribadah bersama-sama keluarga.
Sedia sambvt Ramadan
Hal ini turut dikongsikan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila memuat naik ruangan surau di kediamannya yang sudah di dekorasi dengan indah untuk kegunaan sepanjang bulan puasa.
Nampaknya beliau sekeluarga telah bersedia bagi menyambut bulan Ramadan disamping berdebar menanti kelahiran anak keduanya yang dijangka l4hir tidak lama lagi.
View this post on Instagram
Kongsi sedikit pot0ngan hadis
Dalam posting yang dibuat oleh TokTi, dia berasa cukup kagum dengan hasil kerja daripada lanteracreativehome dan boss7group yang bergabung menyiapkan surai dirumahnya.
Disamping itu, penyanyi lagu Kuasa Cintamu ini turut berkongsi pot0ngan h4dis membawa pengertian mengenai ganjaran membina masjid.
Sedikit perkongsian ,
## Al-Hafiz Ibn Hajr al-‘Asqalani juga dalam kitabnya yang sama, iaitu menyebut bahawa ganjaran membina masjid itu tetap juga akan diterima oleh pembuatnya sekalipun ia sangat kecil. Sehingga disebut yang bermaksud ”Sekalipun sebesar sarang burung merbuk.”
Namun pengertian yang hendak dikhabarkan dari ungkapan ini sebenarnya ialah sekecil manapun sumbangan kita dalam membina masjid itu tetap diperkirakan oleh Allah ganjarannya. Subhanallah, demikian perhatian dan kemurahan Allah terhadap orang yang melibatkan diri dalam pembinaan masjid ini. .. Wallahualam.. tulisnya.
Cantik sangat
Sehubungan dengan itu, rata-rata rakan artis dan juga peminat penyanyi tersebut telah tampil meningg4lkan pujian di ruangan komen TokTi.
Masing-masing mengakui berasa tenang dan kagum dengan dekorasi yang cukup indah di ruangan solat rumahnya bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.
Sumber: ctdk
Leave a Reply