Dah beli cincin, pemuda ‘direject’ bakal mentua sebab bukan kerja kerajaan

Tidak dinafikan, terdapat segelintir ibu bapa mengambil kira soal pekerjaan bakal menantu kononnya demi menjamin masa depan dan kesenangan anak mereka.

Bagi seorang pemuda Ammar Izzuddin, dia berdepan situasi seperti itu apabila hubungan dengan teman wanita tidak direstui oleh bakal ibu mentua kerana bukan bekerja dalam sektor kerajaan.

Menerusi satu video luahan di aplikasi TikTok, pemuda yang juga seorang ahli perniagaan itu pada mulanya mahu melakukan kejutan untuk teman wanitanya yang baru pulang dari Mesir.

@malikul_ammar tak sangka jadi macam ni #curang #pilihkasih #fyp @akademinikah.com ♬ Rumah Singgah – Fabio Asher

“Saja buat kejutan sebab awak baru balik dari Mesir. Tapi akhir sekali kena block (WhatsApp) dalam tu je,” tulisnya dalam video berdurasi 17 saat itu.

Video tersebut memaparkan Ammar membeli sejambak bunga mawar untuk diberikan kepada teman wanitanya sebelum berkongsi tangkap layar perbualan mereka di WhatsApp.

“Awak saya rasa mungkin sampai takat sini je kot hubungan kita. Saya rasa mak tak reda kita la sebab dia nak yang kerja kerajaan gaji besar.

“Mungkin ini ketentuan Tuhan yang dah aturkan pertemuan kita. Minggu depan ada seorang kerani kerajaan dah nak masuk meminang saya,” maklum wanita berkenaan.

Difahamkan, pemuda itu sudah melakukan pelbagai persiapan termasuk membeli cincin sebelum melangsungkan majlis pertunangan mereka pada minggu depan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AMMAR | COA (@malikul_ammar)

“Saya dah belikan baju & sediakan semua dah untuk awak. Minggu depan kan kita dah nak bertunang. Jangan la

buat saya macam ni,” balas Ammar.

Video terbabit meraih 111,600 tontonan dan ratusan komen netizen yang rata-rata tumpang simpati dengan nasib dilalui Ammar yang dianggap tiada jodoh bagi mendirikan rumah tangga.

Malah, ada juga individu berkongsi pengalaman sama dalam berdepan bakal mentua yang memilih soal pekerjaan sehingga terpaksa memutuskan hubungan dengan orang tersayang.

Dia yang kehilangan

Nasib kita sama, mak dia nak yang kerja kerajaan

Namun, tidak dapat dipastikan kisah dilalui Ammar adalah realiti atau konten semata-mata. Ini kerana tinjauan di media sosial pemuda itu mendapati dia sering mempamerkan kereta mewah dan wang ringgit yang dipercayai lebih berkemampuan daripada orang kerajaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AMMAR | COA (@malikul_ammar)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AMMAR | COA (@malikul_ammar)

Sumber: TikTok & Instagram Ammar Izzuddin

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*