Dalam menjalani kehidupan ini, manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan menentukan segala-galanya. Sekiranya perkara yang diharapkan tidak berlaku, anggap sahaja tiada rezeki dan ada hikmah tersendiri.
Bagi Iqbal Baharom, dia reda apabila hasrat ingin mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya tidak kesampaian walaupun telah melakukan pelbagai persiapan menuju hari bahagia.
Menerusi perkongsian video di platform TikTok miliknya, lelaki berusia 32 tahun itu memuat naik foto sijil kursus kahwin yang dihadiri tahun lalu selain persalinan nikah berona putih sedondon bersama pasangan.
Perancangan manusia itu usaha, perancangan Allah itu takdir
@manusiaberbuluJgn kita bersangka buruk pada Allah.dia sebaik2 perancang 🥲🤲🏻 #fypシ #fyp #fypdongggggggg♬ semangat ngontennya – dollar kuning
Jangan kita bersangka buruk pada Allah. Dia sebaik2 perancang,” tulisnya ringkas.
Malah di akhir video berdurasi 23 saat itu, dapat dilihat Iqbal tidak dapat menahan sebak apabila menangis mengenangkan kepahitan terpaksa dilaluinya apatah lagi cinta pertama yang pasti bukan mudah untuk dilupakan.
Sementara itu, dia mengakui bekas tunangnya itu merupakan insan yang baik. Namun berpendapat mungkin dirinya terdapat kekhilafan atau kurang sempurna untuk bergelar isteri kepada wanita tersebut.
“Saya akan usaha jadi yang terbaik”
Video berkenaan menerima hampir 283,000 tontonan dan lebih 2,200 komen warganet yang turut bersedih dan bersimpati dengan dugaan menimpa lelaki berasal dari Johor Bahru itu.
Tidak kurang ada juga individu menitipkan kata-kata semangat kepada Iqbal supaya terus bersabar dan mendoakan dia dipertemukan jodoh lebih baik pada masa akan datang.
Bukan senang nak melupakan
Sabar, doakan si dia bahagia
“Kawan, tunang, putus, sambung, nak kahwin tak jadi”
Moga kuat.. ada yang terbaik nanti
Sumber: TikTok manusiaberbulu
Leave a Reply