k1sah benar prebet Adam yg jar4ng diketahui

Syahril A. Kadir

Masihkan kita ingat kisah Allahyarham Prebet Adam Bin Jaafar ??? Anggota tentera yang telah dider4 fizikal dan mentalnya hingga menyebabkan beliau mengam0k dan membun0h di Chow Kit kira-kira 34 tahun lepas?

Sewaktu saya menulis mengenai buku mengenai dirinya, Adam telah menceritakan A sampai Z apa yang sebenarnya terjadi. Ternyata jauh menyimpang daripada f1tnah kononnya ia disebabkan perbuatan Yang Dipertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar yang selama ini dikatakan telah membun0h adik Adam di padang golf.

” Mereka di luar sana dengan tanpa usul periksa menud0h saya mengam0k disebabkan adik saya dibun0h sedangkan ia langsung tidak ada kena mengena. Adik saya men1nggal ketika kami semua masih kecil masa rumah kami terbakar. Surat m4ti, segala bukti pasal kejadian itu masih ada. Kub0r adik saya pun ada lagi.

” Jangan cuba NAK ALIH isu, mereka yang terlibat tahu saya jadi begitu sebab saya dider4 tanpa perikemanusiaan dalam kem. Kesannya saya tanggung sampai sekarang!,” katanya yang pada mulanya dijatuhkan huk0man gantung tetapi hakim akhirnya memutuskan untuk dia dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi menjalani rawatan psikiatri yang dialaminya kesan daripada pender4an tersebut…

Berikut saya berikan petikan isi kandungan buku konfesi Prebet Adam yg saya tulis berdasarkan kisah beliau…

“Semasa dalam kem, budaya sep4k ter4jang ni dah jadi semacam ‘rutin’, denda lain tu tak payah cakaplah. Kata penyelia aku yang berpangkat Koperal, lepas ni bila kau jadi senior, kau pula yang akan buat benda yang sama pada junior yang lain. Aku diam saja. Nak kata kejutan budaya, taklah juga. Sebab aku pun bukanlah ‘kosong’ habis dalam tentera ni, dah dua tahun jadi simpanan jadi bukanlah satu yang mengejutkan sangat pun.

“Aku tahan apa saja yang anggota lama ini buat pada aku dan rakan-rakan. Memandangkan anggota pasukan Renjer ni terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan, tak hairan kalau kita tengok yang Melayu bul1 yang India, yang India bul1 yang Iban, yang Iban bul1 yang Cina… Macam-macamlah

“Tetapi aku akui, lama-kelamaan aku makin tertekan dengan pender4an fizikal dan mental yang dilakukan oleh anggota-anggota senior ini. Makin lama makin melampau. Apa yang boleh aku katakan, kami semua dider4 hampir 24 jam! Hanya kalau ada latihan saja kami ‘selamat’. Tak kira siang atau malam, kami akan ‘kena’. Tengah tidur pun mereka kejutkan. Hampir tiga atau empat bulan juga kami dilayan seperti haiwan

“Tangan aku ni, pernah melec0r dicuc0h dengan rokok yang menyala. Aku dipaksa menjilat tapak selipar seperti seekor anjing dan dipaksa minum air yang dicampur kicap, cuka, belacan, kuah kari dan gula. Sampai s4kit perut dan pen1ng kepala aku dibuatnya.

“Lebih meny4kitkan hati, ada antara anggota senior ni bawa kawan-kawan yang terdiri daripada orang awam masuk ke dalam kem sedangkan itu adalah satu kesalahan besar. Bayangkan macam mana malvnya aku dan kawan-kawan bila orang awam tengok kami dibul1 sebegitu rupa.

“Paling memalvkan, dorang suruh aku sapu kemaluan sendiri dengan kiwi hitam sampai habis satu tin Masa tu kemalvanku melecet dan s4kit, ibarat disapu dengan tanah kering. Masa nak buang air kecil, s4kitnya Tuhan saja yang tahu. Kemuncak pada pender4an ini, aku disuruh menghisap zak4r seorang anggota berketurunan India.

“Serius waktu itu aku memang tak sanggup, apatah lagi zak4rnya berkulup kerana tidak berkhatan. T4kut punya pasal, aku buat juga sehingga satu peringkat aku muntah sebab ‘benda’ tu sangat busvk. Masa itu, aku betul-betul m4rah kerana ia telah menjatuhkan maruah dan martabat aku sebagai seorang Islam, sebagai seorang tentera

“Ada lagi, masa aku disuruh mencium dan menjilat selipar yang macam anjing tu, sambil menjilat mereka menjerit perkataan par1ah! par1ah! berulang kali padaku. Apa yang aku buat semua tak betul. Ada satu ketika kepalaku dihent4k ke dinding bertubi-tubi seperti dalam adegan gusti. Kami juga diarahkan berb0gel dan bergusti sesama kami!

“Disebabkan pender4an yang ‘giler’ itu, kepala aku selalu s4kit dan pen1ng… Apatah lagi aku sering tak cukup tidur. Aku sering nampak pecahan cahaya yang terang dan terdengar seolah-olah bunyi let0pan dalam kepala dan telinga.

“Kalau tanya aku siapa anggota senior yang mender4ku itu, sejujurnya aku memang tak ingat kerana ketika itu aku baru dalam pasukan. Yang pasti, aku cukup ingat satu nama ni… Koperal P****!

“Aku pernah laporkan perkara ini kepada Pegawai Pemerintah, tetapi beliau macam buat tak tahu saja. Kerana terlalu m4rah dengan manusia bernama Koperal P****, pernah aku rasa macam nak temb4k saja dia tetapi aku tahu ia sal4h dalam Islam.

“Membun0h itu salah, kecuali terdesak!”

Apapun saya yakin dan percaya hari ini pelbagai pendekatan dan tindakan telah dan akan diambil oleh peringkat kepimpinan tertinggi ATM bagi mengatasi mas4lah ini. Saya merayu, janganlah hanya kerana Adam kita hilang kepercayaan kepada institusi yang telah memainkan peranan yang besar dalam menjaga keselamatan kita dan negara yang kita cintai ini sejak sekian lama.

Jangan kerana nila setitik, habis r0sak susu sebelanga. AL-FATIHAH PREBET ADAM…

Kredit; Syahril A. Kadir 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*