Cara Mohon Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP)

Cara Mohon Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP)

Bermula 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan

Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP). Namun demikian, permohonan jawatan SPP

melalui Portal Jobs Malaysia masih boleh diteruskan sehingga 31 Julai 2020.

Semua maklumat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia yang telah disahkan permohonan oleh SPP akan berada dalam mySPP. Namun, anda masih tetap perlu mendaftar akaun baharu di mySPP kerana Portal Jobs Malaysia tidak lagi digunakan selepas ini.

CARA DAFTAR MYSPP

Untuk mengisi permohonan jawatan di mySPP, pemohon perlu mendapatkan MyID untuk log masuk. ID pengguna dan kata laluan JobsMalaysia tidak lagi boleh digunakan.

Berikut adalah panduan untuk mendaftar mySPP untuk permohonan jawatan:

  1. Layari laman web rasmi mySPP (mula beroperasi mulai 15 Julai 2020)
  2. MyID adalah nombor kad pengenalan anda.
  3. Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu dengan menggunakan MyID dan kata laluan baharu sebelum mengisi mySPP.
  4. Pendaftaran mySPP tidak memerlukan pengaktifan melalui e-mel. Alamat E-mel hanya digunakan untuk pengumuman SPP atau panggilan temu duga atau keputusan temuduga.
  5. Sekiranya anda tersilap memasukkan no. kad pengenalan semasa pendaftaran MyID,
  6. sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.

KESILAPAN MAKLUMAT SEMASA PENDAFTARAN

Jika anda melakukan kesilapan maklumat semasa pendaftaran, anda boleh memperbetulkan kesilapan tersebut dengan log masuk ke mySPP dan mengemas kini maklumat yang silap di modul Maklumat Pemohon.

Anda boleh mengemas kini maklumat pada bila-bila masa. Namun begitu, setiap kali perubahan yang dilakukan, anda perlu menghantar Pengakuan Pemohon semula untuk memastikan maklumat anda dikemas kini.

TERLUPA KATA LALUAN

Sekiranya terlupa kata laluan, sila klik pautan LUPA KATA LALUAN dan anda boleh
menetapkan semula kata laluan dengan menggunakan dua pilihan iaitu:-

(a) Nama Ibu dan Negeri Kelahiran Calon (Sewaktu Pendaftaran); atau
(b) Alamat Pada Kad Pengenalan.

Bagi pilihan (a), anda diminta memasukkan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh (seperti maklumat dalam Kad Pengenalan). Masukkan nama pertama ibu dan negeri kelahiran anda. Kemudian masukkan kata laluan baharu (minima 8 aksara), sahkan kata laluan, masukkan Kod Keselamatan (case sensitive) dan klik HANTAR.

Perhatian: Anda perlu mengingati nama pertama ibu (first name tanpa last name) dan negeri kelahiran sama seperti yang didaftarkan semasa pendaftaran MyID.

Bagi pilihan (b), anda diminta masukkan alamat anda sama seperti maklumat dalam Kad
Pengenalan. Pastikan semua medan bertanda * diisi. Selepas semua medan diisi, klik butang HANTAR.

Anda boleh log masuk terus ke mySPP sekiranya reset kata laluan berjaya.

STATUS PERMOHONAN TERDAHULU

Sekiranya anda membuat permohonan jawatan baharu, permohonan yang terdahulu akan terbatal. Namun begitu, sekiranya urusan permohonan terdahulu sedang diproses, urusan tersebut tetap akan diteruskan.

Permohonan yang terdahulu masih sah jika dalam tempoh sah laku pendaftaran. Sah laku pendaftaran permohonan adalah selama satu (1) tahun dan sekiranya tempoh sah laku telah tamat, anda perlu mengemas kini semula dan menghantar pengakuan pemohon sekali lagi.

Anda tidak perlu melanjutkan tempoh permohonan jika tempoh sah laku belum luput kecuali jika anda mengemas kini sebarang maklumat, anda perlu klik simpan dan hantar perakuan semula supaya perubahan tersebut akan diproses.

Jika anda menghadapi masalah lain berkaitan sistem mySPP, anda boleh salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP di talian berikut:

Diharapkan artikelĀ caramohon.com ini membantu anda untuk daftar dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*