Dafi bangga bapa dilantik jadi Timbalan PM – “Saya lihat sendiri papa kerja keras”

Tiada angin tiada ribut, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, anak kepada Ismail Sabri iaitu penyanyi Dafi sekali gus meluahkan dan bangga dengan pelantikan tersebut selain terus menyokong amanah yang dipikul bapanya untuk negara.

Saya tumpang gembira dengan pelantikan ini. Sebagai anak saya sangat berbangga dengan setiap kejayaan yang beliau terima selama berkecimpung dalam bidang politik.

“Saya akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya. Kita semua tahu yang dunia politik ini adalah minat utamanya,” kata penyanyi berusia 33 tahun itu.

Penyanyi lagu Bila Terasa Rindu itu berkata, dia melihat sendiri penat lelah bapanya selama ini serta berharap agar Ahli Parlimen Bera itu menggalas tugas dengan baik dan cemerlang.

“Saya tahu dia suka dengan kerjanya, tapi saya juga kasihan melihat keadaan dirinya yang penat bekerja. Tambahan pula tidak semua orang betul-betul menghargai apa yang dia lakukan.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana faham keadaan sekarang orang ramai yang tertekan serta ada sesetengah yang tidak sependapat dengannya.

“Namun, perkara ini sudah menjadi asam garam dan sebahagian daripada kerjayanya,” ujar bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu

Selain Ismail yang juga kekal sebagai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik menjadi Menteri Kanan Luar Negeri serta akan mengetuai Kluster Keselamatan negara.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*