Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah perumpamaan yang boleh menggambarkan keperitan yang ditanggung oleh pasangan ini dalam menerima hakikat yang telah ditentukan oleh Allah.
Ammar, anak yang berusia empat bulan, dilahirkan sihat dan comel rupa-rupanya hanya berbaki hayat enam bulan sahaja dari sekarang.
Hati ibu ayah mana yang tidak remuk setelah ditimpa dengan ujian yang sangat berat ini.
Belum hilang rasa sedih dan terkejut mereka ketika Amar disahkan menghadapi Malignant Rabdhoid Tumor lima hari lalu, doktor pula memberitahu Ammar mempunyai satu lagi kanser iaitu kanser otak setelah melakukan ujian CT Scan pada Khamis.
Dr nasihat bawa Ammar pulang ke rumah dan cipta kenangan..
Menerusi perkongsian oleh Puan Fakhira Aqila, dua kanser yang dihidapi oleh anak kesayangannya itu tidak berkait antara satu sama lain tetapi takdir Allah kebetulan terjadi pada waktu yang sama.
Lebih meluluhkan hati, tiada rawatan perubatan yang boleh dilakukan untuk merawat Ammar dan doktor menasihatkan supaya Ammar dibawa pulang ke rumah bersama keluarga.
Mereka hanya mempunyai masa enam bulan sahaja lagi untuk meluangkan masa dan mencipta kenangan bersama Ammar.
Suami menangis sepenuh hati bila kami mengetahui berita ini..
Doktor peluk dan minta maaf berulang kali kerana tidak mampu melakukan apa-apa..
Dengan doa kami seluruh rakyat Malaysia, semoga ada keajaiban untuk Ammar, membesarlah dengan sihat dan diangkat segala kesakitannya. Semoga ibu ayah Ammar diberikan ketabahan setingginya dalam ujian yang maha hebat ini.
Bagi sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan untuk meringankan beban mereka sekeluarga, boleh berbuat demikian menerusi akaun 114209635409 (Maybank – Fakhira Aqila).
Sumber: Instagram ieraaqila
Leave a Reply