Cekyana bawa pergi shopp1ng, belikan baju ribuan ringgit, Bibik nak balik Indonesia.

Selepas memberikan kejutan hari lahir buat sahabatnya dengan mengeluarkan belanja melebihi Rm50,000, usahawan berjaya, Cekyana terus melakukan kebaikkan dengan membelanja pembantu rumahnya pula.

Menerusi video yang dimuat naik pengasas jenama Oden Viral Cekyana di aplikasi Tiktok, dia memaklumkan bahawa pembantu rumahnya yang dipanggil bibik akan pulang ke Indonesia kerana suaminya sakit di kampung.

Bawa bibik shopping sebelum balik Indonesia

Jadi, bagi menghargai jasa bibik dalam membantunya menguruskan anak-anak di rumah, Cekyana mengambil keputusan membawa wanita itu keluar shopping buat kali terakhir sebelum dia berangkat pulang.

Tak kisah habis RM3,200

Menerusi video tersebut, Cekyana telah membawa bibik membeli permainan kanak-kanak buat anak-anaknya di kampung dan juga pakaian buat ahli keluarga.

Dapat diperhatikan, hampir sebahagian baju di kedai tersebut diborong oleh Cekyana buat bibik tanpa berkira mengenai bayaran kesemua pakaian yang mereka beli.

@cekyanaaaa#fypシ saya masih ingat bibik kata nak sy bawa shopping.sblum bibik balik saya bawa shopping rm3200 untuk bibik 😭 duit bukan segalanya.♬ JAB SE MERA DIL – Sachiin J Joshi & Nargis Fakhri & Navneet Kaur Dhillon & Ali Asgar Agha & Vivan Bhathena & Mona Singh & Sabina Chema & Monisha Haseen & Tara Devani & David Broughton

Terharu dengan kebaikkan terhadap bibik

Menurut Cekyana lagi, duit bukanlah segalanya buat dirinya kerana lebih menghargai segala bantuan dan pertolongan yang dihulurkan oleh bibik sepanjang berkhidmat sebagai pembantu rumah.

Justeru itu, rata-rata komen yang diterima menenrusi akaun Tiktok usahawan tersebut memuji tindakan Cekyana kerana begitu menyantuni bibiknya walaupun bergelar majikan.

Pernah rasai apa yang Cekyana rasa

Seronok tengok Cekyana gembirakan orang lain

Semoga Cekyana dimurahkan terus rezeki

Sumber : ohmymedia

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*