Cara Buat Sambal Ayam Penyet Yang Power

Cara Buat Sambal Ayam Penyet Yang Power

Tidak dapat disangkal, nasi ayam penyet merupakan hidangan yang berasal daripada indonesia ini digemari oleh ramai orang. Nasi putih berlaukkan ayam berempah, ulam-ulaman berserta tauhu dan tempe goreng ditambah dengan sambalnya yang power mampu menaikkan selera makan sesiapa saja.

Pastinya, keenakkan nasi ayam penyet pada sambalnya yang sedap. Jom cuba buat perkongsian resipi daripada Umi Watie.

Bahan-bahannya

  • 20 biji cili api
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato3 sudu makan belacan
  • Garam
  • Gula

Cara-cara di gambar ya. Selamat mencuba.

Memang mantap giler. Hidang dengan keli, tahu dan tempe. Jangan lupakan ulam-ulaman. Memang boleh habis nasi seperiuk.

Bahan-bahan posing 1 kali.

Goreng dalam minyak kecuali belacan yang dah disangai.

Kisar dengan sedikit minyak.

Kisar kasar saja. Barulah terasa bawang dan cili.

Masukkan dalam minyak tadi.

Dah pecah minyak, masukkan belacan yang telah di sangai.

Gaul rata, perasakan dengan garam dan gula.

Hidangkan pada tok laki dalam pinggan cantik. Barulah tok laki rasa berbaloi beli set pinggan mahal-mahal.

#DapurMakRerama

Kredit Resipi & Foto: Umi Watie

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*