Cantik bersongket pink, tapi muka pengantin pula dituduh ‘monyok’

Bagi meraikan hari bahagia, pasangan pengantin perlu melemparkan senyuman gembira sepanjang majlis. Namun kadang-kala, terdapat faktor tertentu membuatkan ‘mood’ mereka sedikit terganggu sehingga mengundang perhatian orang ramai.

Baru-baru ini, seorang pengguna aplikasi TikTok kyrah_87 berkongsi sebuah video memaparkan sepasang mempelai yang mengenakan persalinan songket berwarna merah jambu hadir ke majlis resepsi.

@kyrah_87♬ original sound – HilmiZainudin

Bagaimanapun, reaksi wajah mereka terutama pengantin perempuan pula mencuri tumpuan warganet apabila dikatakan agak ‘monyok’ ketika berjalan beriringan menuju ke meja makan beradab.

Mana tidaknya, pengapit yang sepatutnya memayungi pengantin di bawah terik matahari juga tidak kelihatan. Mungkin memang niat mereka untuk mengadakan majlis secara sederhana?

Meninjau ke ruangan komen, rakaman pendek berdurasi lapan itu dipenuhi dengan teguran warganet mengenai wajah ‘muram’ wanita itu yang disifatkan momen bersanding tersebut hanya berlaku sekali dalam hidup.

Namun, rata-rata mengakui cuaca panas membuatkan pengantin perempuan itu memberikan reaksi sedemikian sehingga dituduh seolah-olah ‘kahwin paksa’.

Tak ‘relax’ pengantin pun

Kena senyum, bersanding tu sekali je

Panas terik pun senyum je

Tengah panas patut la, dengan songket lagi

Sementara itu, kyrah_87 turut memuat naik dua lagi video memaparkan sisi berbeza pengantin berkenaan yang dilihat tersenyum manis selepas ditegur warganet kononnya tidak ceria.

@kyrah_87 Balas kepada @nadya_haydascarf ♬ I Love Mama Mantu – Bulan Sutena

@kyrah_87 Balas kepada @18cikjulie ♬ Cantik Itu Mahal – Mala Agatha

Sumber: TikTok kyrah_87

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*