Bvta mata, celik hati.-Jurumekap kongsi hari bahagia pengantin istimewa

Sudah menjadi kebiasaan bagi jurumekap untuk membuat perbandingan, antara sebelum dan selepas melakukan solekan pada wajah seseorang sehingga meraih pujian ramai.

Tidak terkecuali bagi jurumekap yang dikenali sebagai Cikna ini apabila memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok selepas membuat transformasi pada wajah pengantin baru yang mempunyai msalah penglihatan.

@nachik_ciknaLike tanda suka🥰 #mua #muaterengganu #fypシ゚viral #fyp #fypdongggggggg♬ DJ Cidro 2 – Eka•Denka•💫

Dapat mekap pengantin istimewa ni, manis je dia. Suaminya istimewa juga buta mata, tapi hati tak buta tau,” kongsi Cikna pada kapsyen video tersebut.

Posting berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen dengan memuji kecantikan wajah pengantin yang kelihatan berseri dan manis dalam persalinan busana berwarna kelabu itu.

Bagaimanapun, Cikna tersentuh hati apabila kakak kepada pengantin yang mesra dipanggil Lin turut meninggalkan komen bercerita mengenai kesungguhan si adik dalam menjalani kehidupan seharian.

@nachik_cikna@leenyernfadzlin adalah kakak kpd pengantin sis ni, die lah saksi bertapa strugle adiknya menjalani kehidupan seharian😢, lembut sangat orgnya #fyp♬ ketika anak yg mnjdi korban perceraian orang tua – Rakha Izzatul

Menurut si kakak, dia bersyukur apabila melihat adiknya yang mengalami masalah ‘glaucoma’ itu akhirnya mendirikan rumah tangga pada usia 30 tahun.

Menerusi posting berbeza, jurumekap yang menetap di Terengganu itu turut berkongsi sebuah lagi video menyaksikan pengantin disatukan sebagai suami isteri di atas pelamin.

“Sama cantik, sama padan” 

@nachik_ciknaPengantin istimewa Sama pandan sama cantik, buta mata, xbermakna buta hati.. tahniah btw fotografer “Hazrull momento” makeup Cikna..#fyp #fypシ゚viral

♬ bahagia – dsnabillah

Tahniah Selamat pengantin baru. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna, setiap individu perlu belajar menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing.

Sumber: TikTok nachik_cikna

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*