CYBERJAYA – Berkat kesungguhan dan dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab, tiga pekerja tukang sapu di kampus utama Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch baru-baru ini dihadiahkan RM5,000 setiap seorang.
Mereka merupakan sebahagian daripada 11 orang kakitangan yang diberikan penghargaan pada Majlis Makan Malam Brainy Bunch 2021 baru-baru ini.
Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim berkata, hadiah wang tunai kepada kakitangan tanpa mengira peringkat atau perjawatan itu diberikan kepada mereka yang sudah bekerja melebihi tempoh 5 tahun.
“Selepas menilai prestasi kerja, komitmen dan nilai-nilai murni yang patut dihargai, kami selaku majikan memberikan mereka saguhati supaya mereka tahu bahawa kerja mereka selama ini dihargai.
“Penghargaan ini juga diharap dapat memberi motivasi kepada kakitangan dan majikan lain untuk ‘memberi semula’ walaupun mereka bekerja sebagai tukang sapu,” katanya.
Pada majlis itu, Kak Tipah merupakan salah seorang daripada cleaner yang terpinga-pinga dan penuh emosi apabila dipanggil ke pentas untuk menerima anugerah disusuli dengan tepukan gemuruh hampir 500 orang kakitangan Brainy Bunch dan Malakat Mall.
Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, tanpa meng’kelas’kan kategori perkhidmatan, beliau menyifatkan setiap pekerja mempunyai peranan dan tugas tertentu dan tiada yang lebih penting daripada yang lain.
Katanya, semoga pengiktirafan seperti ini dapat memberi kesan kepada kakitangan sekaligus melahirkan budaya kerja yang lebih amanah menepati suruhan Allah.
Pada malam itu Coach Fadzil turut mengulangi impian untuk menawarkan gaji minimum sebanyak RM5,000 kepada semua kakitangan kumpulan Brain Bunch dan Malakat Mall.
Sasaran itu katanya tidak mustahil dicapai dengan kejayaan Malakat Ekosistem yang sedang dibangunkan melalui perniagaan Malakat Mall.
Sumber : malakattribunenews
Leave a Reply