“Bos pakai Vellfire, tapi staf sendiri buat side-income.” -Netizen

Nama usahawan dan Instafamous, Hafiz Mahamad sering kali menjadi topik perbualan netizen di media sosial.

Dia juga sering berkongsi aktiviti hariannya di lama Instagram sebagai salah satu cara memberi inspirasi kepada para penyokong dan peminatnya dalam melakukan kebaikkan.

Terjumpa pekerja buat part-time

Namun, setiap kejayaan dan pujian biasanya tidak lari dengan kecaman daripada beberapa pihak yang kurang bersetuju dengan cara yang ditunjukkan di media sosial.

Baru-baru ini, video yang memperlihatkannya ‘terkejvt’ apabila pekerja di syarikatnya melakukan dua kerja dalam satu hari dengan menjadi penghantar makanan benar-benar meraih perhatian netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Ramai yang tak setuju?

Namun begitu, lain pula dengan persepsi sesetengah netizen apabila merasakan tindakkannya kurang bersesuaian memandangkan dia adalah majikan.

Merakam video dengan memuat naik ke media sosial dan memberitahu kondisi ekonomi pekerjanya sedikit sebanyak memberi pandangan tidak ‘sedap’ kepada Hafiz yang merupakan majikan kepada lelaki itu.

“Tolong sana sini, tapi gaji staf kecil”

Kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen di ruangan Twitter sebuah akaun yang menggunakan nama Dean24924388 untuk menyuarakan rasa kurang senang dengan motif usahawan itu menjadikan keadaan pekerjanya sebagai konten.

Pekerja dia okey je tu

Walau bagaimanapun, masih ada yang berfikiran positif dengan memaklumkan sukar menemui majikan seperti Hafiz kerana merasakan pekerja tersebut ‘okey’ sahaja dengan keadaan itu.

Mereka juga berharap agar semua majikan bersikap seperti Instafamous ini supaya para pekerja berasa selesa berkhidmat dengannya.

Sumber: Dean24924388, Hafiz Mahamad

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*