Vdeo Boleh mesej saya, PU Riz nak bagi RM300 untuk pelajar 5A SPM

Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam, pendakwah bebas PU Riz mahu meraikan pelajar yang meraih keputusan sekurang-kurangnya 5A dengan menawarkan RM300.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail itu meminta mereka menunjukkan bukti slip keputusan SPM menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram miliknya.

“Setiap seorang akan dapat RM300. Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini sekali gus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.

“Saya tahu nilai ini tak besar, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran.

“Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang. Kemudian dapat pula ganjaran hadiah,” kata pendakwah berusia 26 tahun itu.

Malah, suami kepada selebriti sensasi Neelofa itu juga akan mengadakan sesi Instagram ‘live’ bersama pelajar yang terpilih sekali gus dapat berkongsi pelbagai tips kecemerlangan antara satu sama lain pada jam 1 petang, esok.

“Saya anggap perkongsian ini nanti bukan saja berguna pada semua yang menonton, tapi dapat dijadikan inspirasi kepada pelajar lain yang bakal menduduki SPM akan datang

“Mana tahu perkongsian ini nanti dapat menjadi asbab kepada kejayaan ramai pelajar pula,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*