11 Tahun Lalu, Kata-Kata Bob Lokman Ini Dianggap Lelucon Yang Disambut Dengan Hilai Tawa Para Hadirin
“Takut banyak sangat ketawa nanti kang cepat pulak ‘pergi’ nanti…”
11 tahun lalu, kata-kata Bob Lokman ini dianggap lelucon yang disambut dengan hilai tawa para hadirin.
Ini sebahagian kata-kata Bob ketika menyatakan hasrat berundur dari tugasan sebagai juri rancangan RAJA LAWAK
Bob membuat kejutan itu di hadapan para hadirin dan ditonton eh penonton di seluruh dunia yang menyaksikannya secara langsung.
Rakaman aksi mengejutkan dunia hiburan itu hingga kini mash boleh disaksikan menerusi You Tube.
Bob nekad meninggalkan RAJA L A W A K sekaligus bersara dari dunia hiburan penuh glamour.
Tanpa menyalahkan orang lain, Bob merasakan dirinya terlalu lalai dengan dunianya dan lupa kepada tanggungjawabnya kepada agama.
Lantas dia membuat keputusan untuk mendalam ilmu agama di samping berjinak-jinak dengan aktiviti agama di masjid dan surau.
Kali ini Bob nekad biarpun pendapatnya berbeza ketika menjadi artis dan sewaktu mencebur diri dalam dakwah
Sewaktu minum petang di hadapan Masjid Ketari, Bentong say tanya, “Macam mana pendapatan Abg Bob sekarang berbanding dulu?”
“‘Ana nekad Syeikh. Memang jauh berbeza. Dulu duit banyak. Sekarang sengkek la sikit. Tapi doakan ana moga istiqamah atas jalan ini.”
“Abang Bob tak rasa rugi ke tinggal RAJA L A W AK. Tentu banyak dia orang bayar kan?”
Saya menduga.
Bob jawab,”Ye memang banyak. Satu musim diaorang bagi ana RM35,000.00. Tapi bila Allah dahbagi hidayah, ana tak boleh tangguh.
Penghijrahan artis memang menarik perhatian netizen. Mereka nak tahu apa yg mendorong penghijrahan itu. Mereka juga nak tumpang
semangat hijrah para artis ini.
Bob tidak ketinggalan menerima undangan berceramah di masjid, motivasi di sekolah, pejabat- pejabat kerajaan dan sebagainya.
Saya turut merasa teruja untuk menumpang semangat hijrah Bob lantas menjemputnya untuk berforum bersama Dr Zulkifli Al Bakri (ketika itu
belum mufti dan belum menteri).
Bob setuju. Tarikh ditetapkan. Kertas kerja dan mesyuarat bertalu-talu,. Masing-masing bersemangat hendak menyaksikan gandingan Dr. Zul dan Bob di pentas dakwah.
Baner dan banting sudah dicetak. Pentas sudah didirikan. Backdrop telah dipasang. PA Sistem ready. Jamuan on.
Tiba-tiba, pada hari kejadian…. Malam tu nak forum, paginya saya terima arahan supaya dibatalkan. Saya terkejut menerima arahan berkenaan.
“Saya baru tahu rupanya Bob ni orang P A S.” Dia memberi alasan.
Jiwa saya keras. Watak saya humor. Tapi saya tak tahu kenapa pagi itu say menangis teresak-esak Amat sedih bila mash ada lagi manusia yang
berfikiran naif seumpama itu.
Kasihan Dr Zul ‘berforum’ seorang diri. Kasihan juga moderator, timbalan Qadhi Bentong (Ustaz Roslan) memerah otak mencipta pelbagai soalan kpd ahli panel tunggal itu.
Saya berdoa moga orang yang menghalang program dakwah itu diberi bimbingan hidayah oleh Allah
Ada pun Bob… Saya bawa dia ke masjid lain yang sudi menerimanya untuk berkuliah Maghrib malam itu.
Saya beritahu Bob, “Abang Bob, saya minta maaf banyak-banyak. Tempt ceramah kita terpaksa bertukar.
Belum habis bercerita dan beralasan, Bob lantas ketawa, “‘Hahaha anta ni Ustaz. Ana agak dah..
“Ana dah dapat rasakan sebelum ni. Hati ana dah berkata-kata, Ustaz Aris ni lepas ke dak nak bawak aku ceramah di sana ni. Terasa macam ada yang akan menghalang!”
Petang itu Bob bercerita panjang. Laluan hiburan memang mewah dan lancar. Tapi laluan dakwah amat sukar dan dipenuhi ranjau.
“Ustaz Aris, sabar. Ini baru permulaan. Insya-Allah Tuhan bersama kita.
Rasa macam terbalik je… Patut saya yg surh dia bersabar. Sekali, dia pula yang motivate saya.
Bob membenarkan kata-katanya. Dia istigamah hingga ke garisan penamat. Walaupun ada artis yang buat ‘konar -turn’ setelah berhijrah, Bob tidak bersama mereka
Hari ini, Jumaat 23 September 2022, saya menerima khabar, Bob dijemput pulang oleh llahi.
Jumpa di sana Abg Bob, insya-Allah!
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat- sahabat anda!
Sumber : fb Aris Azlan Ismail , viralmalaysiaku
Leave a Reply