Tiga Beradik Gigih Angkut Pasir Buat Bata Nak Bina Rumah Sendiri

Tiga Beradik Gigih Angkut Pasir Buat Bata Nak Bina Rumah Sendiri

Tidak mahu terus hidup menumpang, tiga adik-beradik yang sudah kema tian bapa, berusaha menggunakan kudrat yang ada untuk membina kediaman mereka sendiri.

Mohd Hakim Hakimi Mohd Rusdi, 25, bersama adiknya, Mohd Haizu Naimi, 21, dan Nurin Amalin, 14, sebelum ini tinggal bersama keluarga ibu saudaranya serta nenek di Pasir Puteh, Kelantan.

Bapa mereka mening gal du nia pada 2010, manakala ibunya pula sudah berkahwin lain dan telah mengikut suami baru. Abang sulung, Mohd Hafiz, 27, pula telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja.

Rasa tak ‘sedap’ hidup menumpang

Namun, selepas neneknya juga meninggal dunia, Mohd Hakim, merasakan agak kekok apabila tinggal bersama ibu saudaranya yang juga ibu tunggal mempunyai empat orang anak semakin membesar.

“Dulu tak apa sebab ada nenek. Bila nenek meninggal dunia, kami rasa tak elok nak tinggal bersama ibu saudara yang anak-anaknya pun makin membesar…”

“Lagipun saya terfikir sampai bila nak menumpang orang. Bila arwah nenek bagi kami buat rumah atas tapak rumah pusakanya yang sudah ditinggal lama, jadi saya ambil keputusan nak buat rumah sendiri dengan bantuan adik dan kawan-kawan…”

Ulang-alik ambil pasir nak buat bata

Justeru, tiga beradik itu mengambil keputusan membina semula rumah di tanah pusaka arwah nenek mereka, hingga sanggup berulang-alik mengangkut pasir dari anak sungai di Kampung Panggong di sini, sejak dua bulan lalu.

Jika ada duit lebih, Mohd Hakimi akan membeli simen selain daripada mengutip pasir untuk membuat batu bata bagi membina rumah mereka.

Dah ada mohon rumah, tapi takde jawapan

Mereka sebelum ini bergantung dengan pekerjaan kampung seperti mengambil upah membaja dan menebang pokok. Namun, sumber pendapatan mereka agak terjejas sejak PKP.

Jelas Hakimi, dia ada usaha membuat permohonan bantuan rumah, namun tidak pernah mendapat jawapan, berikutan masalah kewangan yang mereka hadapi.

Hakimi berharap, dia serta adik-adiknya mampu merealisasikan impian untuk memiliki rumah dan belajar hidup berdikari tanpa perlu membebankan sesiapa.

Sumber : Berita Harian

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*