Nama Chef Ammar Ali sejak awal Ramadan kerap menjadi sorotan susulan pelbagai kejadian yang berlaku di kedai Nasi Arab Bazar Ramadan Stadium Shah Alam.
Walau bagaimanapun, segala kesulitan yang berlaku telah diselesaikan apabila Chef Ammar telah menghadkan pembelian setiap seorang dan memberikan nombor supaya mereka tidak beratur terlalu lama namun gagal mendapatkan juadah.
Ada yang busu hati
Sambutan yang luar biasa terhadap Nasi Arab tersebut pastinya memberi keuntungan yang berlipat kali ganda untuk tukang masak asal Palestin itu memandangkan kedainya menjual dua menu dengan harga RM25 dan RM50.
Namun begitu, setiap kejayaan seseorang pasti ada sahaja yang dengki. Menurut Chef Ammar dalam live di media sosial, salah satu kedainya terpaksa ditutup kerana ada yang busuk hati menghantar sihir.
USJ4 ditutup, Stadium Shah Alam buka lagi
Dalam video berkenaan, tukang masak itu memaklumkan yang kedainya di USJ4 terpaksa ditutup kerana perbuatan sihir. Dia mengambil langkah berkenaan adalah untuk menjaga keselamatan keluarga dan akur dengan rezeki yang sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
@chekdaviral Semoga chef ammar dan team kuat 🤲🏻..semoga pelakunya bertaubat…#masakdarihati #masakwithiman #fyp #foryoupage #insanprihatin ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Kenapa sanggup jatuhkan orang lain
Sehubungan dengan perkongsian itu, para pengguna media sosial yang mengikuti kisah Chef Ammar pasti tahu perjuangannya dalam menjadi tukang masak sehingga sanggup berhenti kerja dan memberikan fokus kepada perniagaan sendiri demi memastikan semua orang dapat merasai juadah yang berkualiti.
Mereka juga turut berasa geram dengan sesetengah pihak yang masih mempercayai perkara-perkara khurafat ini hanya kerana dengki dengan kejayaan orang lain.
Semoga Chef Ammar & team sentiasa dilindungi
Sumber:TikTok chekdaviral
Leave a Reply