Biaya umrah sahabat & Misha Omar menangis, kebaikan “Dia” Adibah Noor dibawa ke syurga

Biaya umrah sahabat, kebaikan “Dia” Adibah Noor dibawa ke syurga

Platform laman sosial menjadi trending dan khabar disampai panjangkan dari kiriman WhatsApp ke WhatsApp.
“Betul ke?”, “Adibah Noor menin ggal?”, begitu pertanyaan yang mengejutkan datang bertali arus bukan sahaja dalam kalangan karyawan seni dan media massa, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi penggemar penyanyi, pelakon dan hos yang serba versatil ini.

Akhirnya khabar yang sangat mengejutkan itu menyapa kita semua dengan penuh duka cita.

Adibah Noor Mohamed Omar atau cukup terkenal dalam kalangan peminatnya sebagai watak Kak Yam meninggal dunia.
Ya bintang yang pernah membuatkan kita tersenyum sendiri dan ketawa besar lewat persembahan lakonannya dalam filem “Gubra” atau “Sepet”, juga “Mukhsin” atau “Buli Balik” serta guru di siri pelajaran “Oh My English!” ini sudah dijemput Ilahi.

Bekas peserta Gegar Vaganza 2021 itu berpulang pada usia 51 tahun di Hospital Gleneagles pukul 7.40 malam selepas bertarung sekian lama dengan penyakit yang disembunyikannya daripada pengetahuan umum, kanser ovari.

Khabar berpulangnya Adibah ke negeri abadi pertama kali disampaikan oleh isteri Datuk AC Mizal, Datin Emylia sebelum pelaku seni yang sangat akrab dalam perjuangan karier mereka, Afdlin Shauki mengesahkan khabar duka itu kepada rakan media.

Namun bertahun-tahun lamanya, kepada keluarga dan sahabat rapatnya, masih, pemilik dua album iaitu “Terlalu Istimewa” (2005) dan “Teman” (2010)

ini mahu penyakitnya itu kekal menjadi rahsia. Kanser ovari yang dihidapi pelantun “Terlalu Istimewa” ini sudah kritikal, di tahap keempat. Malah beliau berada dalam fasa melakukan kimoterapi bagi mengubati penyakit kanser ini. “Ya, kami sudah lama tahu (beliau menghidap kanser) tapi memegang janji,” ujar pengurus Misha Omar, Mimie Omar penuh kesedihan terhadap Allahyarham kepada Gempak.

Allahyarhamah banyak bagi galakan…Dia sangat independent, tak pernah cerita masalah

Menerusi Instagram Malaysia Gazette, ramai juga kenalan artis dilihat hadir ke kediaman keluarga Allahyarhamah untuk melawat. Sebagai anak seni yang pernah beraksi bersama-sama, Azhan Rani akui Adibah seorang rakan dan mentor cukup baik. Malah aktres tersebut pernah beberapa kali beri galakan untuk artis lelaki berkenaan turut bernyanyi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysia Gazette (@malaysiagazette)

Kurus

Ironi juga, baru 10 hari lalu beliau mengemas kini akaun Instagramnya dengan sekeping foto yang memperlihatkan perubahan fizikal yang gempal menjadi kurus.

Kepada semua yang bertanya mengenai kesihatan dan ‘rahsia kurus’, Adibah masih kental dan berjiwa besar memaklumkan: “Makan enam sudu sehari”.

Tanpa kita semua ketahui, apakah yang dimaksudkan beliau dengan ‘makan senam sudu sehari’ sebagai kesan sakit kepada penyakit yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Atau ‘enam sudu sehari’ kerana hanya itu yang mampu ditelan selepas melewati sesi kimoterapi yang amat menyakitkan diri.

Atau beliau memang benar-benar dalam fasa menurunkan berat badan atas apapun alasan; yang sebenarnya betapa hebat seorang Adibah Noor masih mahu khalayak melihat beliau dalam keadaan sihat dan baik baik sahaja bersama senyum lebar dan keramahannya.

Duit untuk umrah

Seorang lagi sahabat yang juga penulis lirik lagu Adibah, “Bahasa Rindu”, Opie Sofea, dia mengenang bekas guru bahasa Inggeris yang lahir di Kuala Lumpur ini sebagai figura yang sangat dermawan dan bertimbang rasa.
Menurut Opie, Adibah menjadi penyelamat kepadanya apabila mencukupkan tabungannya mahu ke tanah Suci menunaikan umrah lebih 13 tahun lalu dengan memasukkan duit ke akaun banknya.
“Beliau masukkan duit katanya sebagai bayaran untuk tulis lirik lagu ‘Bahasa Rindu’. Dan duit itu saya gunakan untuk menunaikan umrah,” kenang Opie kepada Gempak.

 

Misha Omar menangis

Misha Omar yang merupakan rakan seperjuangan dan sangat akrab dengan Allahyarham termasuk Deejay ERA dan penyanyi Dina serta penyanyi senior Salamiah Hassan, hanya mampu menahan sedih di dada.

“Di awal kimo, beliau sudah tidak lalu makan,” begitu ungkap Misha dalam tangisan.

Di hujung hayatnya, Adibah Noor masih berusaha membuat orang lain bahagia dan memberi semangat kepada dirinya, ‘aku baik baik sahaja’. Meski berusaha, sebagai manusia, kita semua adalah milik yang Esa.

Seperti janjiNya, diambil kembali kita dalam keadaan yang diinginkanNya.

Begitulah akhir perjalanan hidup seorang Adibah Noor. Canda, tawa, keceriaan dan keramahannya menyapa sesiapa yang ditemui sama ada secara spontan atau lewat temujanji, semuanya usai sudah.

Ia hanya tinggal kenangan yang harum buat semua yang pernah mengenali jiwa bersih dan keperibadian ceria seorang wanita hebat seperti beliau.
Semoga segala kebaikan dan amal yang ditinggalkan berbau harum buat kita semua. Dan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Adibah Noor.

Buat industri hiburan tempatan, bertuahlah kerana pernah mempunyai permata yang sangat berharga seperti Adibah Noor sekaligus menjadi tanda aras dalam dunia glamor, rupa paras bukan segalanya, tetapi sikap membumi, bakat dan kepintaran akan selalu membuat seseorang itu ‘hidup’ biar telah pergi meninggalkan kita semua.

Terima kasih Kak Dib sebab dulu pernah membantu family kami

Malah ketika rakyat Malaysia rata-rata terkesan dengan pelaksanaan PKP tahun lalu, Allahyarhamah pernah diam-diam meminta nombor akaun seorang rakan Twitter untuk gantikan semula duit si anak yang sudah digunakan buat membeli susu serta lampin. Tak cukup dengan itu, Adibah selagi boleh cuba untuk support dan beli produk-produk yang dijual orang awam sewaktu terdesak mendapatkan duit bagi kelansungan hidup ketika PKP berkenaan.

Al Fatihah.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*