Berniaga Sambil Sedekah,’Biarlah Untung Sikit, Yang Penting Dapat Bantu Pelanggan’

Bersedekah tidak mengurangi harta, malahan pasti akan berbalas berganda-ganda, sama ada pahala, rezeki atau kurniaan lainnya. Ini yang ramai sudah tahu. Ini juga yang pasti diyakini seorang peniaga dermawan ini.

“Pelanggan sudah bantu membeli jualan saya, jadi saya pula bantu dengan menjual pada harga yang murah sedikit,” kata peniaga warga emas, Mohd Ramli Baharom, 70.

Gerai Rahmat di Medan Selera Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Taman Tasik Puchong Perdana, yang diusahakan Mohd Ramli, tular kerana menjual makanan tengah hari dengan harga yang murah.

Seekor Ikan, Seketul Ayam RM 2.50

Warga emas itu masih menjual seekor ikan dan seketul ayam dengan harga RM2.50, manakala nasi putih, sayur dan air tanpa susu berharga RM1, minuman bersusu serta nescafe dan mil0 pula RM2.

Mohd Ramli mengakui dalam dile.ma dengan kenaikan kos sara hidup terutama di bandar dan harga barang ketika ini namun dia masih mendapat untung jualan serta berpuas hati biarpun hanya sedikit.

Menurutnya, dia tidak menaikkan harga jualannya sejak lebih 5 tahun lalu dan mahu berk0ngsi rezeki terutama dengan mereka yang memerlukan.

Saya Tahu Bukan Semua Bergaji Besar..

“Saya tahu bukan semua pelanggan bergaji besar dan mesti ada yang mencari harga murah, malah memang ramai orang muda makan di sini. Alhamdulillah, setakat ini saya tidak ru.gi biarpun untung tidaklah besar tetapi saya berpuas hati.

“Pada saya mungkin jualan saya hari ini dapat membantu orang lain terutama pekerja golongan B40 dan apabila saya su.sah nanti ada orang pula yang bantu saya,” katanya yang menjual hampir 30 pelbagai jenis masakan kampung.

Katanya, setakat ini dia belum memikirkan untuk menaikkan harga jualan, namun sekiranya tiada keuntungan dia juga terpaksa menaikkan harga makanan.

“Harga makanan mengikut banyak mana mereka ambil contoh seperti sayur harganya RM1 tetapi kalau banyak, harganya lebih sedikit,” katanya yang tinggal di Puchong Perdana.

Sudah Berniaga Sejak 20 Tahun Lalu

Bapa kepada 4 anak itu berkata, dia sudah berniaga sejak 20 tahun lalu dan tidak menyangka gerainya tular apabila seorang pelanggan memuat naik video di TikTok.

“Alhamdulillah, memang dari dulu ramai juga pelanggan makan di sini dan selepas tular ada juga bertambah lagi. Biasanya jam 2 petang makanan sudah banyak habis.

“Harga RM13 untuk 3 orang itu berdasarkan saiz hidangan mereka yang sederhana. Ada yang mengambil ikan patin masak tempoyak dan harga tetap sama iaitu RM2.50 sepotong.

“Lagipun kami tidak jual ikan besar dan saiznya sederhana saja jadi berbal0i dengan harga,” katanya yang berniaga setiap hari sehingga jam 4 petang.

Video tular itu dimuat naik seorang pelanggan Mohd Ramli yang mendoakannya dimurahkan rezeki kerana menjual makanan dengan harga murah iaitu RM13 untuk 3 orang.

Reaksi Warganet

Rata-rata netizen mengagumi dan memuji serta mendoakan peniaga warga emas tersebut kerana meski di zaman ekonomi mencabar, namun sifat empati masih tinggi terhadap insan lain yang kurang berkemampuan, masih mengekalkan konsep sedekah dalam berniaga.

Lauk Sedap, Murah, Tak Berkira..

Dari Dulu Tak Berkira

Rezeki Berkat

Semoga pakcik ini dimurahkan rezekinya seperti air mengalir, diberkati kehidupannya dunia dan akhirat.

Sumber : Hmetro

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*