Bek4lan 0ksigen Kapal Selam Ind0nesia Yang H1lang Dilap0r Hanya Mampv Bertahan 72 Jam

Bekalan oksigen kapal selam KRI Nanggala 402 milik Indonesia yang dilaporkan hil4ng semalam dilap0r hanya mampu bertahan selama 72 jam sahaja.

Perkara berkenaan dilapor oleh CNA yang memetik kenyataan dibuat oleh Panglima Tentera Laut Indonesia TNI-AL, Yudo Margono,

Menurut beliau lagi, kerajaan Indonesia akan mempertingkatkan lagi usaha mencari dan menyelamat kapal selam berkenaan ekoran ‘hayatnya’ dijangka berakhir Sabtu ini.

“Kami terputus hubungan dengannya pada 3 pagi semalam, jadi ianya (dijangka) akan berakhir pada 3 pagi Sabtu nanti,” katanya dalam satu sidang media, memetik laporan Channel News Asia.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto selaku mewakili kerajaan Indonesia meletakkan harapan yang tinggi dalam usaha menyelamatkannya.

“Kami sangat optimis, kami mengharapkan yang terbaik,” tegasnya.

Kehilangan KRI Nanggala 402 itu mencetus usaha sama negara-negara sekitar dalam bergandingan membantu menjalankan misi pencarian termasuk Malaysia.

Terdahulu, kapal selam berkenaan dilapor hilang dan terputus hubungan sebaik sahaja dibenarkan menyelam. S1as4tan awal mendapati kapal selam berkenaan mungkin berdepan dengan masalah kehilangan bekalan kuasa.

Ketika kejadian, kapal selam itu membawa seramai 53 kru dan dijadual terlibat dala latihan tembakan torpedo.

Sumber: Channel News Asia

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*