Berkebun Dengan Tanam Bawang Sendiri

Berbudi dengan tanah pasti akan memberikan hasil yang lumayan. Tanam sendiri bawang merah. Tak perlu ke pasar lagi. Penjimatan berganda!

Jom berkebun dengan tanam sendiri bawang merah. Ikuti cara-cara tanaman bawang merah hasil perkongsian Puan Azlina Mat Lazim

TANAM SENDIRI BAWANG MERAH

Nisbah media tanam:
Lebihkan pasir dari tanah dgn nisbah 2:1
*Pasir =2 bahagian campur Tanah berkebun=1bahagian.

Tanam di tempat terbuka.
Musim panas,siram cukup2 saja, jgn siram air banyak. Jika lebih air bawang jadi busuk, mereput dan buruk.

Potong bawang seperti dalam gambar. Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang, potong sedikit sahaja akarnya.

Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah. Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya. Tunggu bawang naik daun dlm 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawang itu.
Kerap gemburkan tanah disekeliling bawang baik untuk pertumbuhan bebawang baru.
Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus dah…biarkan sahaja.

Pembajaan 2 kali seminggu guna baja AB, bancuhan seperti biasa.
*Boleh juga guna lain2 baja yg di fikirkan baik.

Dua bulan selepas ditanam, ia sudah boleh dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan dibiarkan,terus petik dan buang kerana ia hanya akan merencatkan pembesaran bawang.
Bawang yang dituai akan di jemur untuk dapatkan bawang yg siap diguna.

Tanam sendiri bawang merah

Kredit Foto dan info: Azlina Mat Lazim

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*