Beli barang guna duit sendiri, Cik B cari rumah bendera putih untuk beri bantuan

Prihatin dengan golongan kurang kemampuan, pelakon dan penyanyi baharu Cik B melakukan inisiatif dengan menyumbang makanan asas kepada mereka yang terjejas akibat wabak Covid-19 di sekitar Ipoh, Perak.

Menerusi perkongsian video di laman Instagram baru-baru ini, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd Amin membeli barang keperluan bersama adik lelakinya Muhammad Eric Zaquan atau Kacak di sebuah pasar raya di Bandar Meru Raya.

Siapa perlukan bantuan, boleh komen…

Video berdurasi hampir enam minit itu turut memaparkan ibu mereka yang juga usahawan sen­­­sasi, Datuk Seri Vida (DSV) teruja apabila mengetahui hasrat dua beradik tersebut.

DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, anak gadisnya yang berusia 15 tahun itu meminta izin untuk keluar mencari rumah yang mengibarkan bendera putih selain menggunakan duit sendiri bagi membeli barangan.

Difahamkan, bantuan makanan diagihkan di sekitar Ipoh itu meliputi kawasan di Chemor, Chepor, Manjoi, Lembah Kinta dan Meru.

Menerusi InstaStory pula, Cik B berkongsi proses pengagihan barangan yang sudah dibungkus dari rumah ke rumah selain beramah mesra serta bertanya khabar si penerima.

Meninjau ke ruangan komen, netizen memuji tindakan murni penyanyi lagu Tolonglah itu selain mendoakan agar Cik B sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

Kaya harta & jiwa

Terdahulu, kempen kibarkan bendera putih disambut baik dalam kalangan rakyat untuk membantu masyarakat setempat yang terputus bekalan makanan akibat pandemik Covid-19.

Sumber: Instagram Cik B

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*