Fungsi Penting Daarah Biru Belangkas Dalam Dunia Perubatan(Vide0) Harga Lebih RM200k Segelen.
Sebut sahaja ‘belangkas’, pasti sudah terbayang dalam minda kita sejenis haiwan yang rupanya seakan-akan ikan pari.
Selain itu, terbayang juga lauk belangkas masak lemak cili api yang sering dijadikan menu santapan oleh sebilangan rakyat di negara ini.
Namun tahukah anda, walaupun sekadar bercangkerang dan sedap dimakan, belangkas sebenarnya mempunyai satu fungsi yang teramat besar dalam bidang perubatan.
Ikuti perkongsian oleh penuntut akuakultur marin, Hayani Roslan mengenai kepentingan darah belangkas yang berwarna biru ini.
The Blue Milk From ‘Star Wars’?
No! It’s actually BLOOD! EXPENSIVE BLOOD..
Kebiasaannya apabila disebut perkataan darah, majoriti akan membayangkan darah yang berwarna merah. Berbeza dengan darah yang mahal ini, ia berwarna biru.
Warna biru pada darah ini disebabkan kehadiran kuprum/tembaga dalam hemocyanin. Hemocyanin berfungsi sebagai pengangkut oksigen dalam darah haiwan bagi kumpulan athropod (umpama hemoglobin dalam darah manusia dan mamalia).
Walau bagaimanapun, harga darah ini mahal bukanlah disebabkan warnanya yang unik tetapi kandungan amebocyte dalam darah ini.
Amebocyte digunakan dalam penghasilan Limulus Amebocyte Lysate (LAL) yang digunakan untuk mengenal pasti bakteria endotoksin bagi kegunaan dalam bidang bioperubatan dan farmasologi.
Limulus: Limulus Polyphemus iaitu spesies belangkas yang berasal dan hidup di perairan Atlantik di Amerika Utara
Amebocyte: Sel darah putih (sel imuniti) dalam darah belangkas
Lysate: Bahan aktif yang dibebaskan oleh sel amebocyte
Belangkas atau dalam Bahasa Inggerisnya Horseshoe Crab merupakan hidupan purba yang hidup sebelum zaman Dinosaur.
Terdapat empat (4) jenis spesies belangkas iaitu belangkas paya bakau, belangkas pantai, belangkas tiga duri serta belangkas Atlantik dan tiga daripadanya terdapat di Malaysia dan hidup di air payau dan air masin.
Bagaimana darah belangkas diambil?
Darah belangkas akan diambil sebanyak satu pertiga (1/3) dan kemudiannya haiwan tersebut dilepaskan kembali ke perairan tempat di mana ianya diambil.
Bagaimanapun, peratus hidup haiwan ini adalah rendah kerana keadaannya yang lemah dan lebih kurang 15 peratus belangkas mengalami kematian ketika proses mengambil darah.
Manusia akan sakit jika terdedah kepada bakteria endotoksin apabila bakteria ini memasuki sistem darah secara terus seperti melalui suntikan.
Alatan dan bahan perubatan akan diuji dengan darah ini terlebih dahulu sebagai langkah keselamatan.
Prof. Madya Dr. Noraznawati Ismail dan kumpulan penyelidikan belangkas dari Universiti Malaysia Terengganu telah mencipta Kit Pengesan Endotoksin Pantas (TAL) untuk mengesan pencemaran endotoksin dalam ubat, vaksin dan alat suntikan.
Bagi kegunaan dan kepentingan dalam industri bioperubatan dan farmasologi, belangkas ini perlu dibuat pembenihan untuk diternak atau dilepaskan ke perairan.
Pembukaan Pusat Hatcheri Belangkas UMT di Kuala Kemaman merupakan satu langkah berguna untuk kemandirian belangkas supaya tidak mengalami kepupusan, selain boleh dimanfaatkan dalam bidang perubatan.
Kredit rujukan: Saddam Hamzah, Sajal Ghosh, Raktima Patra, Anna Mukovnikova, Eliana Desa, Ben Collins & Tim Speller
Menurut National Geographic, lysate yang dihasilkan daripada darah biru belangkas boleh mencecah USD 60,000 segelen.
Berikut di bawah adalah video keterangan dan proses pengambilan darah belangkas untuk tujuan perubatan:-
Nota: Hayani Roslan merupakan seorang pelajar dalam bidang akuakultur marin di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Manjung, Perak. Beliau amat meminati cabang ilmu sains biologi, khususnya berkaitan marin. Untuk rekod, Hayani pernah mengganggotai kursus Herbalis Asean 2019 yang menjalankan kajian rawatan serta perubatan berasaskan herba daripada haiwan, tumbuhan dan batuan mineral pada 2019 lalu.
Cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply