
Umum tahu pada awal bulan lalu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memperkenalkan Pakej Bantuan Khas Muar SEJIWA khusus untuk rakyat di kawasannya itu.
Berikutan itu, YB berusia 29 tahun terbabit kerap turun padang bagi mengagihkan pelbagai bantuan kepada penduduk yang terjejas.
Sumbang barang2 asas untuk rakyat sebanyak 3 buah lori
Selepas menyumbang telefon pintar kepada para pelajar yang memerlukan, baru-baru ini, bekas Ketua Armada Bersatu itu juga dilihat aktif menghulurkan bantuan barang-barang asas buat rakyat.
Menerusi laman sosial Twitter miliknya, beliau berkongsi perkembangan terkini yang mana beliau berusaha mendapatkan bekalan Food Bank sebanyak 3 lori untuk rakyat Muar.
3 buah lori FoodBank untuk Muar! Saya bekerja untuk rakyat dan mereka berhak mendapatkan bantuan.
Doakan semua krew selamat tiba!
LET’S GOOO!! pic.twitter.com/R2VsMTKD6k
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 10, 2021
3 buah lori Food Bank untuk Muar! Saya bekerja untuk rakyat dan mereka berhak mendapat bantuan. Doakan semua krew selamat tiba,” tulisnya pada ciapan.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum melihat usaha gigih anak muda itu dalam membantu penduduk kawasannya yang memerlukan.
Advertisement
Dalam pada itu, ada juga yang berseloroh mempersoalkan mengapa Saddiq tidak meletakkan ‘stiker gambarnya’ pada setiap barang bantuan seperti yang sering dilakukan oleh ahli politik lain.
Tahniah YB teruskan bekerja untuk rakyat!
Selain menyumbang gaji sebulan dan hasil keuntungan jualan produknya, difahamkan Syed Saddiq turut mengumpul dana menerusi sumbangan orang ramai ke pusat khidmat Parlimen beliau.
Sumber: Twitter Syed Saddiq
Leave a Reply