Bekas kekasih usahawan kosmetik Sajat, iaitu Coach Yin selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya dalam sebuah majlis berlangsung di Kota Bahru, semalam.
Menerusi laman Instagram, jurulatih kesihatan itu berkongsi semula posting daripada isterinya yang dikenali sebagai Yeen Azmin memaparkan mereka berdua diraikan oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.
Tampil dengan busana sedondon berwarna putih, siapa sangka kisah mereka yang mula tvlar sejak tahun lalu akhirnya selamat bergelar suami isteri.
Alhamdulillah sah suami isteri
View this post on Instagram
Selamat pengantin baru
View this post on Instagram
Posting tersebut dihujani komen netizen dimana rata-rata mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang dibina selain mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.
Selain itu, ada juga segelintir individu bersyukur apabila lelaki berusia 28 tahun itu sempat ‘kembali ke pangkal jalan’ dan menamatkan zaman bujang dengan wanita tulen.
View this post on Instagram
Akhirnya ke pangkal jalan
Terdahulu pada 2018, Coach Yin dan Sajat menjadi perhatian netizen apabila sering menimbulkan pelbagai kontroversi dan gimik dalam menjalani hubungan s0ngsang sepanjang tempoh berkenaan.
Sumber: Instagram Coach Yin , yeentishrin
Leave a Reply