Bayi pasangan frontliner men1nggal dunia di rumah pengasuh

Seorang bayi lelaki berusia 4 bulan men1nggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 9, Putrajaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 8.45 malam selepas dihubungi pihak hospital.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati, pengasuh wanita Melayu berusia 48 tahun baru menjaga bayi tersebut sekitar dua minggu.

Katanya, pengasuh memaklumkan bahawa bayi tersebut mengalami dem@m dan sel3sema semasa dihantar ke rumahnya.

 

“Apabila bayi tersebut tidak bangun dari tidur ketika dikejutkan, pengasuhnya terus menghubungi ibu bayi dan pihak hospital.

“May4t bayi dibawa ke Hospital Putrajaya untuk b3dah siasat. Manakala, hasil ujian saringan Cov1d-19 ke atas bayi tersebut adalah negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Fadzil berkata, kes diklasifikasikan sebagai Sudden Death Report (SDR) sehingga laporan keputusan b3dah siasat diperoleh.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang kesan kec3dera4n ditemui di luar badan mangs4.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. – UTUSAN

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*