Baru saja jalani kuarantin, Ebit Lew dah mula beri bantuan buat orang susah

Umum sedia tahu bahawa pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew baru sahaja tiba di Malaysia setelah beberapa minggu berada di luar negara atas urusan misi kemanusiaan di Gaza.

Beliau sampai ke Malaysia menaiki pesawat Turkish Air dan terus ke lokasi kuarantin yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjalani kuarantin wajib seusai pulang dari luar negara.

Dah mula edar bantuan

Walau bagaimanapun, tidak sampai 24 jam tiba di Tanah Air, Ebit Lew sudah kembali memikirkan nasib serta kesusahan rakyat Malaysia dengan menggerakan ‘jenteranya’ bagi memberikan bantuan ke seluruh negara.

Hal ini dikongsikan sendiri pendakwah tersebut di media sosialnya dengan memohon doa agar urusan memberikan bantuan kepada rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan kepercayaan akan bermula.

Pendakwah itu mengakui berasa sedih melihat ujian yang sedang menimpa rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi mendengar ada kes bunuh diri akibat tekanan hidup.

Jadi, beliau telah memberikan nombor telefon setiap lokasi untuk sesiapa sahaja yang dalam kesusahan untuk mendapatkan bantuan makanan.

Masih kuarantin tetap fikir buat kebaikkan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew kerana tetap memikirkan nasib rakyat Malaysia walaupun sedang berada dalam kuarantin kendiri.

Mereka juga seperti biasa mendoakan agar pendakwah tersebut terus dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik pada masa akan datang.

Sumber: Facebook Ebit Lew

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*